
Cucur Ikan Bilis Bulat
Kembali lagi Che Nom kali ini, dengan resepi mesra orang bujang iaitu cucur bulat ikan bilis. Ha mana orang bujang, sila angkat tangan. Tapi mak-mak pun suka resepi macam ni tau.
Resepi ini sedikit berbeza dari resepi yang lain, sebabnya, adunan tepung, bilis dan bahan-bahan lain tu dibancuh dengan air yang panas menggelegak. Hasilnya, cucur yang bulat, rangup di luar dan lembut sangat di dalamnya dan yang paling penting bagi Che Nom, cucur guna resepi ni tak serap minyak sangat lepas goreng.
Dah lah sedap dan rangup. Petang-petang layan sangat buat minum petang. Pekena pulak dengan teh O memang terbaik.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 biji bawang besar
- 1 genggam ikan bilis
- 2 biji cili merah
- 1 pokok daun bawang
- Iklan
- 2 cwn tepung
- Anggaran 2 cwn air panas
- 1/2 sk garam
- 1 sk gula
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Hiris nipis bawang besar dan daun bawang,
- 2Tumbuk kasar ikan bilis dan cili merah.
- 3Gaul sebati tepung gandum, bahan tumbuk kasar, hirisan bawang, daun bawang, garam dan gula sikit.
- 4Tuang air panas sikit-sikit dan gaul sebati. Pastikan adunan pekat bergumpal untuk senang buat bulat.
- Iklan
- 5Bila adunan dah sebati, tunggu sekejap adunan suam.
- 6Bulatkan adunan.
- 7Panaskan minyak dan goreng cucur sampai keperangan.
- 8Bila dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.
- •Siapa yang suka pedas boleh ganti cili merah dengan cili padi.
- •Kalau nak cucur flawless boleh potong dadu bawang besar.
- •Pastikan air panas betul-betul mendidih, kalau panas penapis air tu memang tak cukup.
- •Elak tambah tepung selepas tambah air panas, takut nanti cucur pecah selepas goreng.
- •Sapu minyak pada pinggan dan tangan untuk elak melekat.
- •Masa mula-mula goreng, kita kena tunggu lapisan luar keras baru alihkan.
- •Untuk dapat adunan yang gangup diluar dan lembut di dalam, kita kena kerap kacau dan alih-alihkan.
- •Sambil-sambil goreng, kita perlu tekan-tekan dan ratakan dengan sudip untuk bantu dapat permukaan cucur yang lincin.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





