ResepiCheNom
Pancake dan Sos Coklat

Pancake dan Sos Coklat

Hi Semua..kali ni Che Nom nak share resepi mudah pancake menggunakan homemade buttermilk, dan yg specialnya dah 13 tahun Che Nom guna resepi pancake ni...foolproof.

Confirm menjadi. Lembut, dan sangat sedap walau dimakan begitu sahaja.

Che Nom share resepi sos coklat sekali, tapi boleh juga kalau anda nak makan pancake ni dengan madu.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
3 Jun 20205.4K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Buttermilk

  • 1 ½ cawan susu full cream (**boleh ganti susu cair)
  • 2 sudu besar jus lemon (**sbb takda jus lemon, Che nom ganti cuka kali ni)

Bahan Untuk Adunan Basah (A)

  • BUTTERMILK (**seperti di atas)
  • ¼ cawan /57g mentega
  • 2 biji telur
Iklan

Bahan Untuk Adunan Kering (B)

  • 2 cawan /250g tepung gandum
  • 3 sudu besar /45g gula kastor
  • 3 sudu kecil serbuk penaik
  • ¼ sudu kecil garam halus

Bahan Untuk Sos Coklat

  • 200g coklat masakan gelap
  • ¾ cawan susu full cream
  • 2 sudu besar mentega
  • secubit garam (**jika menggunakan unsalted butter)
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Adunan Basah (A)

  1. 1
    Masukkan susu full cream dan cuka makan @ lemon kemudian kacau dan rehatkan selama 5 minit.
  2. 2
    Cairkan mentega dan masukkan kedalam adunan tadi.
  3. 3
    Seterusnya masukkan telur yang telah dipukul dan kacau sekata.

Untuk Adunan Kering (B)

  1. 1
    Masukkan tepung gandum, gula kastor, baking powder, dan garam halus (jika menggunakan unsalted butter).
  2. 2
    Kacau sedikit adunan tadi.
Iklan

Untuk Pancake

  1. 1
    Tuangkan adunan basah (A) ke bahan kering (B) sedikit demi sedikit.
  2. 2
    Panaskan frying pan dan tuang sedikit minyak dan ratakan dengan kertas tisu.
  3. 3
    Tuangkan adunan dan masak sehingga keperangan kedua-dua belah

Untuk Sos Coklat

  1. 1
    Potong nipis coklat masakan.
  2. 2
    Masukkan ke dalam periuk coklat yang telah dipotong nipis, susu full cream, mentega dan garam.
  3. 3
    Bukak api dan kacau sekadar suam sahaja adunan sos coklat tadi.
  4. 4
    Curahkan sos coklat diatas pancake.
Iklan
Petua & Panduan
  • Tips nk tahu bila nk tebalikkan Pancake tu, tunggu sampai sebelah atas pancake tu dh start belubang/berbuih tu itu tandanya dh boleh tebalikkan.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru