
Cakoi & Sos Pandan Kastard
Hi semua, kali ini Che Nom nak sediakan cakoi atau sesetengah tempat panggil pat tong ko atau chinese panggil youtiao. Ada pelbagai resepi nak buat cakoi ni ada yang guna yis dan ada yang tak guna yis, cuma guna baking powder dan baking soda aja. Kali ni Che Nom nak share resepi yang guna yis dan baking powder.
Sos pula Che Nom hidangkan dengan sos kastard pandan. Ada sesetangh tempat makan dengan sambal cili, atau kuah kacang. Jadi yang tu ikut kegemaran masing-masing lah ye.
Cakoi yang sedap mestilah garing di luar dan berongga di dalam baru lah sedap dicicah dengan sos kegemaran masing-masing. Satu tip penting, untuk dapatkan rongga dalam cakoi, perlu uli agak lama dan rehatkan doh untuk hasilkan gluten dari tepung
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Cakoi
- 3 1/4 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu kecil yis kering
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil baking powder
- 2 1/2 sudu besar gula kastor
- 1/2 cawan susu full cream
- 1/2 cawan air
- 1/2 biji telur
- 3 sudu besar minyak masak
- Sedikit minyak untuk sapuan
Bahan Untuk Sos Kastard Pandan
- 1 1/2 cawan susu full cream atau santan
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil ekstract pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 2 sudu besar gula
- Sedikit garam
Cara Menyediakan
Untuk Cakoi
- 1Keluarkan doh dan uli sikit untuk buang lebihan udara.
- 2Masukkan tepung gandum, yis kering, garam (letak jauh sikit dari yis), baking powder, gula kastor, telur, susu, air dan minyak kedalam mangkuk.
- 3Uli adunan sampai jadi doh. Tambah 1 sb minyak masa hujung-hujung proses menguli.
- 4Gris mangkuk dengan minyak.
- 5Pindah masukkan doh kedalam mangkuk dan rehatkan selama 1-2 jam.
- 6Tabur sikit tepung atas papan canai.
- 7Canaikan atau leperkan doh menjadi segi empat tepat.
- 8Potong doh anggaran saiz 8cm x 3cm
- 9Cara 1 sapu sekeping doh dengan sedikit air dan tindan dengan sekeping lagi doh. Tabur sedikit tepung dan tekan di tengah (boleh tekan dengan chopstick atau lidi).
- 10Cara 2 ambil sekeping doh, tabur tepung (untuk elak melekat) dan tekan di tengah.
- 11Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan cakoi tenggelam).
- 12Tarik perlahan-lahan cakoi dan goreng sehingga keperangan.
- 13Kerap balik-balikan cakoi masa mula menggoreng.
- 14Angkat dan toskan minyak.
Untuk Sos Pandan Kastard
- 1Masukkan susu full cream (atau santan), tepung kastard, ekstrak pandan, pewarna hijau dan gula ke dalam periuk.
- 2Bukak api perlahan dan kerap kacau.
- 3Bila kastard dah pekat masukkan sedikit garam. Boleh tambah susu atau air kalau kastard terlalu pekat.
- 4Hidang bersama cakoi.
- •Boleh bancuh dulu yis, Che Nom masukkan terus tapi pastikan yis masih elok.
- •Jangan letak garam dekat dengan yis (untuk elak yis rosak), campur dulu yis dan garam dengan tepung sebelum adun kesemua bahan.
- •Masa masak sos kastard pastikan kerap kacau takut kastad berketul.
- •Pastikan minyak banyak dan cakoi tenggelam (deep fry).
- •Kerap balik-balikan cakoi masa mula menggoreng.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





