
Popcorn Caramel Homemade
Che Nom nak kongsi cara untuk buat kudap-kudapan ataupun snek yang paling famous kalau kita ke panggung wayang iaitu popcorn caramel.
Dalam video ni ada dua resepi untuk masak kernel jagung untuk hasilkan popcorn. Yang pertama, kita masak guna popcorn oil yang memang khas disediakan untuk masak popcorn, dan yang kedua kita masak kernel jagung dengan menggunakan minyak popcorn buatan sendiri daripada minyak masak dan mentega.
Selepas dah siap masak, kita buat pual gula caramel untuk disalut dengan popcorn. Kos nak buat sendiri ni murah aja. Berbaloi kalau buat di rumah sebab boleh makan berkongsi ramai dengan ahli keluarga. Buat makan sambal tengok cerita Korea pun best sangat ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Popcorn
- 1/3 cawan popcorn
- 3 sb minyak popcorn
- ATAU
- 2 sb minyak masak
- 1 sb mentega
Bahan Untuk Gula Karamel
- 1/4 cwn air
- 2 sb mentega
- 1/2 cwn + 1 tbsp gula
- 1/4 sk baking soda
- 1/4 sk garam
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Cara-cara untuk masak popcorn dengan minyak popcorn
- 2Masuk minyak popcorn.
- 3Bila minyak dah panas masukkan bertih popcorn dan kacau sebati.
- 4Bila popcorn dah mula meletup tutup tudung periuk dan perlahankan api.
- 5Goyang periuk sekali sekala.
- 6Bila popcorn dan masak tuang masuk dalam mangkuk besar.
Untuk Masak Popcorn Dengan Minyak Masak
- 1Masukkan minyak masak dan mentega.
- 2Masukkan popcorn dan kacau sampai popcorn meletup.
- 3Tutup tudung periuk dan perlahankan api takut popcorn hangit.
- 4Masak sampai habis bunyi meletup.
Untuk Gula Karamel
- 1Masukkan gula putih dan air dalam kuali.
- 2Masak sampai air gula cair dan bertukar perang. Tak perlu kacau, hanya goyang-goyang kuali saja.
- 3Bila air gula bertukar perang muda (light brown) masukkan butter dan tutup api (untuk elak caramel gelap dan pahit). Kacau sampai pekat
- 4Masukkan garam. Kacau sebati.
- 5Masukkan baking soda dan kacau cepat-cepat.
- 6Cepat-cepat tuang masuk karamel dalam popcorn.
- 7Gaul popcorn cepat-cepat sementara karamel masih panas.
- 8Pindah masuk popcorn dalam tray dan relaikan popcorn yang melekat.
- •Gunakan periuk yang besar dan tinggi biar cukup ruang untuk popcorn meletup.
- •Bila popcorn mula meletup, perlahankan api takut popcorn cepat hangit.
- •Kita tak boleh guna semua mentega untuk masak popcorn, campur sedikit minyak masak, sebab mentega cepat hangus dan popcorn akan jadi tak sedap.
- •Masa masak caramel pastikan bahan dah bersedia (stand by) sebab proses masak caramel cepat, kalau terlambat gula jadi hangus atau sejuk kalau biar lama.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





