
Biskut Dam
Resepi Biskut Dam yang sungguh ranggup dan sedap.
Rahsia untuk mendapatkan biskut yang rangup dan mudah dibentuk adalah memasukkan doh ke dalam freezer selamat beberapa minit.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Doh Vanilla
- 100g mentega
- 65g gula kastor
- 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
- 220g tepung kek, ayak
- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan Untuk Doh Coklat
- 100g mentega
- 65g gula kastor
- 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
- 190g tepung kek
- 30g serbuk koko
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara Menyediakan
Untuk Doh Vanilla
- 1Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
- 2Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- 3Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
- 4Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
- 5Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
Untuk Doh Coklat
- 1Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
- 2Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- 3Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
- 4Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
- 5Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
- 6Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
Untuk Biskut Dam
- 1Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
- 2Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
- 3Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 m. Pastikan potong dengan sama rata.
- 4Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
- 5Che Nom sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
- 6Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.
Petua & Panduan
- •Bancuhan doh biskut ini sangat lembut, dan tujuan penyejukkan ialah supaya doh rehat dan senang dibentuk. Apabila dalam keadaan sejuk, potongan biskut dan akan menjadi cantik dan tepat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





