Biskut Almond London
Hi Semua, mood raya dah ada ke belum? Walaupun tahun ni cara kita sambut raya tak sama mcm raya2 yang sebelumnya, tak salah kalau kita terus cuba untuk memeriahkan suasana Raya. Jadi, jom tengok macam mana Che Nom sediakan biskut yang tak asing lagi, iaitu biskut Almond London.
Bahan utama ialah kekacang almond yang dibakar, dan disalut dengan adunan doh biskut yang lemak, gebu dan rangup, dicelup dalam cairan coklat dan kemudian ditabur dgn hiasan badam cincang. Anggaran hasil : 125 biji biskut Bakar pada : 170 °C selama 10-15 minit, API ATAS BAWAH Coklat masakan : Che Nom guna Beryl's (dark or milk compound.. Dua-dua boleh)
Nota: Bakar almond pada suhu 150°C, selama anggaran 10 min. Badam cincang/almond nibs masak lebih cepat dari biji badam/whole almond Boleh ganti majerin (Planta, dsb)
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 250g biji badam
- 100g badam cincang
- 250g mentega
- 94g / 3/4 cawan icing sugar
- Iklan
- 2 biji kuning telur
- 250g /2 cawan tepung gandum
- 200g / 4/5 cawan tepung jagung (ATAU 3/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung)
- 2 sudu besar tepung beras
- 50g / 1 1/3 serbuk kepingan jagung atau boleh ganti serbuk badam
- 2 sudu besar susu tepung
- 500g coklat masakan (milk atau dark chocolate compound)
- 1-2 sudu besar shortening
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Bakar badam dan badam cincang.
- 2Bakar biji badam pada suhu 150 °C selama 10 min.
- 3Badam cincang masak lebih cepat dari biji badam, jadi keluarkan lebih awal.
- 4Kisar halus cornflake.
- Iklan
- 5Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
- 6Pukul butter dengan gula ising.
- 7Masukkan telur kuning.
- 8Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
- 9Masukkan serbuk cornflake dan susu tepung.
- 10Uli sehingga dapat adunan yang lembut dan mudah dibentuk.
- 11Rehat doh 10 minit.
- 12Bentukkan doh, cubit sikit, leperkan, letakkan badan di tengah dan tutup.
- 13Uli memanjang (dalam 2 cm panjang).
- 14Susun atas dulang yang telah digris dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
- 15Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit pada suhu 170 °C.
- 16Bila dah siap bakar, keluarkan dan sejukkan atas cooling rack.
- 17Cairkan coklat masakkan mengunnakan teknik double boil.
- 18Tambah lemak sayuran atau shortening kedalam coklat tadi.
- 19Bila cair sempurna angkat dan bolehlah celupkan biskut tadi.
- 20Celupkan biskut tadi mengunnakan penyepit dan masukkan kedalam cawan kertas.
- 21Anda boleh tuang coklat kedalam cawan kertas, ikut cara mana yang anda suka.
- 22Tabur dengan badam cincang dan sejukkan sepehunyan dulu sampai coklat beku sebelum masukkan kedalam balang kedap udara.
- •Panggang badam hingga naik bau minyak badam dan alih-alihkan dalam oven sekali masa tengah bakar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Macam mana pastikan salutan coklat tu tak cair/melekit?
UmumUntuk memastikan salutan coklat pada Biskut Almond London tidak cair atau melekit, pastikan beberapa perkara ini:
-
Sejukkan biskut sepenuhnya: Setelah biskut dibakar, biarkan ia sejuk sepenuhnya di atas cooling rack sebelum dicelupkan ke dalam coklat cair. Ini penting supaya haba dari biskut tidak mencairkan coklat.
-
Guna shortening: Resepi mencadangkan menambah 1-2 sudu besar shortening ke dalam coklat masakan yang dicairkan. Shortening membantu menstabilkan coklat dan mengelakkannya daripada mudah cair pada suhu bilik.
-
Sejukkan biskut yang telah disalut: Selepas biskut dicelup coklat dan ditabur badam cincang, sejukkan biskut sehingga coklat membeku sepenuhnya. Ini adalah langkah penting sebelum menyimpannya dalam balang kedap udara.
-
Double Boil: Pastikan coklat dicairkan menggunakan teknik double boil untuk mengelak daripada overheating.
Soalan: Saya dah gunakan kaedah double boil tapi coklat saya keras berketul
UmumResepi tidak menyatakan secara terperinci cara-cara kaedah double boil, tetapi saya boleh bantu. Walaupun nampak mudah, ada beberapa sebab mengapa coklat menjadi keras dan berketul semasa menggunakan kaedah double boil:
-
Terlebih Panas: Pastikan air dalam periuk bawah tidak mendidih terlalu kuat. Wap yang terlalu panas boleh menyebabkan coklat menjadi overheat dan berketul. Gunakan api kecil dan pastikan air hanya mereneh perlahan.
-
Air Terkena Coklat: Pastikan tiada air atau wap air terkena coklat. Walaupun sedikit, ia boleh menyebabkan coklat menjadi keras dan berketul (seize). Pastikan mangkuk atas tidak menyentuh air dan lap kering semua peralatan.
-
Coklat Terlalu Lama Dipanaskan: Coklat tidak perlu dipanaskan terlalu lama. Apabila sebahagian besar coklat sudah cair, angkat dari api dan teruskan mengacau sehingga semua coklat cair sepenuhnya.
Cuba lagi kaedah double boil dengan berhati-hati, sepatutnya coklat cair dengan elok.
Soalan: Tolong beri taips macam mana nak simpan biskut ni supaya tahan lebih lama.
UmumUntuk pastikan Biskut Almond London tahan lebih lama, ikut tips ini berdasarkan resepi:
-
Sejukkan Sepenuhnya: Selepas biskut dibakar dan disalut coklat, pastikan ia sejuk sepenuhnya. Coklat perlu beku dengan sempurna.
-
Bekas Kedap Udara: Resepi ada menyatakan, simpan biskut dalam balang kedap udara. Ini sangat penting untuk mengelakkan biskut daripada lemau dan mengekalkan kerangupannya.
-
Pastikan juga, sebelum menyimpan biskut, semua bahan, terutamanya badam, telah dibakar dengan betul, kerana ini membantu dari segi ketahanan biskut.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






