
Telur Masak Kurma
Resepi Telur Masak Kurma, resepi masakan yang sangat ringkas tetapi tetap membuka selera. Resepinya tak banya beza dengan masakan kurma lain, cuma ia menggunakan telur ayam yang direbus dan dikelar sedikit supaya kuah meresap ke dalam telur dan nampak menarik.
Menu ini esuai dihidangkan bersama nasi putih atau boleh juga dihidangkan bersama nasi yang lain seperti nasi tomato, nasi minyak atau nasi kandar. Kalau di sebelah utara, memang Telur Masak Kurma ni menjadi kegemaran ramai. Che Nom juga suka hidangkan kepada anak-anak kerana kuahnya kurang pedas.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 6 biji telur
- 2 1/2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 mangkuk santan cair
- 1 batang karot
- 1-2 biji kentang
- 1 keping kecil asam gelugor
- 2 biji cili hijau atau merah
- 1 biji tomato, belah 4
- 1 biji bawang besar, potong 6
- 1 senduk minyak masak
- daun ketumbar (optional)
- bawang goreng (optional)
Bahan Rempah Tumis
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
Bahan Tumbuk Kasar
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur.
- 2Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan rempah tumis dan bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Masukkan pes bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Boleh tambah sedikit air semasa dalam proses memasak rempah supaya tidak hangus.
- 4Masukkan pula santan cair, telur, kentang, karot dan asam gelugor. Masak sehingga sayuran menjadi empuk dan lembut.
- 5Setelah itu masukkan santan pekat, cili, bawang besar dan tomato. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera anda. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
- 6Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar supaya lebih sedap.
- •Petua untuk senang kupas kulit telur rebus ialah masukkan sedikit cuka semasa merebus telur, ATAU satu lagi cara yang mudah ialah rendam seketika telur yang baru sahaja di rebus ke dalam air sejuk. Kulit akan mudah dikupas.
- •Boleh juga gunakan santan kotak. Anggaran 1 kotak santan bersama 1 mangkuk air untuk resepi ini.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






