ResepiCheNom
Sizzling Tauhu Telur Pedas

Sizzling Tauhu Telur Pedas

Kali ni jom masak menu ala Chinese style iaitu Sizziling Tauhu Telur, tapi tak berapa nak ori dah sebabnya Che Nom masak guna bahan apa yang ada kat rumah dan jadikan versi pedas. Jadi tak perlu makan dengan cili potong lagi dan kena sangat dengan selera Che Nom sekeluarga.

Mula-mula kita goreng tauhu sampai garing diluar. Kemudian masak pula kuah sizziling dan tuang atas telur yang digoreng. Menarik kan.

Hidangan ni sangat tingi dengan protein sebab ada tauhu telur, ada isi ayam, dan ada telur ayam lagi. Sesuai untuk high protein diet.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
19 Januari 20248.2K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Tauhu Goreng

  • 2 bungkus tauhu telur
  • Sedikit tepung jagung

Bahan Perapan Isi Ayam

  • 1 ketul isi ayam
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 sb kicap manis
Iklan

Bahan Lain

  • 1/4 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • 2 sb sos tiram
  • 1-2 sb kicap cair
  • 3 batang cendawan King Oyster
  • 2 cwn air
  • 2-3 sb bancuhan tepung jagung
  • 1 sb kicap manis
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Daun bawang
  • 1 biji cili merah (hiasan)

Bahan Telur Goreng

  • 3 biji telur
  • Secubit garam
Iklan

Cara Menyediakan

Tauhu Telur

  1. 1
    Potong tauhu telur kepada 6 bahagian.
  2. 2
    Cendawan basuh, lap kering dan potong dadu kecil.
  3. 3
    Hiris daun bawang dan cili merah untuk taburan.
  4. 4
    Cincang halus cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang holland untuk tumisan.
  5. 5
    Potong dadu kecil isi ayam dan perap dengan garam, lada sulah dan kicap manis.
  6. 6
    Salut tauhu telur dengan tepung jagung.
  7. 7
    Panaskan minyak dan goreng tauhu telur sampai garing.
  8. 8
    Boleh angkat tauhu telur dan toskan minyak.
  9. 9
    Tumis bawang holland sampai lembut kemudian masukkan bawang putih cincang.
  10. 10
    Bila bawang putih dah perang, masuk cili merah dan cili padi. Tumis sekejap sampai semua bahan tumis layu.
  11. 11
    Masukkan ayam perap dan goreng sampai isi ayam separuh masak.
  12. 12
    Perasakan dengan serbuk lada putih, sos tiram dan kicap cair.
  13. 13
    Masukkan cendawan dan kacau sampai cendawan layu.
  14. 14
    Tambah serbuk pati ayam (atau seasoning), air, kicap cair, minyak bijan (pilihan) dan air bancuhan tepung jagung.
  15. 15
    Masukkan tauhu telur goreng, kacau sebati dan tutup api.
Iklan

Lapisan Telur

  1. 1
    Pecahkan telur dan kacau dengan garam.
  2. 2
    Goreng telur sampai separuh masak.
  3. 3
    Tuang masuk kuah sizzling tauhu telur tadi.
  4. 4
    Tabur cili merah dan daun bawang.
  5. 5
    Masak sampai lapisan telur garing kemudian tutup api.
Iklan
Petua & Panduan
  • Tauhu telur kalau nak senang keluarkan dari plastic, belah 2 di tengah dan baru picit keluar tauhu dari tepi.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru