
Telur Bistik Sedap
Resepi Telur Bistik, sangat mudah dan sedap serta menjadi kegemaran anak sulung Che Nom. Cukup berselera walau jika dimakan bersama nasi panas sahaja dan telur bistik ni sudah seimbang dengan sumber protein dari telur dan sayur-sayuran campur yang dimasukkan ke dalam bahan kuahnya.
Untuk sediakan resepi ni kita masak dahulu bahan kuahnya bersama sayur sayuran dan ayam, boleh juga kalau nak gantikan dengan daging cincang. Selepas itu kita goreng telur dadar dan tuang bahan-bahan kuah tadi ke atas telur dadar. Chen Nom masukkan mayonis dalam telur kerana rasanya akan jadi lebih sedap.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1/2 biji bawang besar, potong dadu kecil
- 2 ulas bawang putih, cincang halus
- 1 biji cili merah, potong dadu kecil
- 1 mangkuk kecil isi ayam
- 1 mangkuk kecil sayur campur
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil garam
- sedikit air
- daun bawang, hiris nipis
Bahan Untuk Telur Goreng
- 3 biji telur
- 2 sudu besar mayonis
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan kuali bersama sedikit minyak.
- 2Masukkan bawang besar, bawang putih dan kacau sehingga kekuningan.
- 3Masukkan cili merah kemudian diikuti sayur campur, sos cili, sos tomato, sos tiram dan garam. Kacau seketika.
- 4Masukkan sedikit air supaya menjadi berkuah. Masak sehingga kuah mendidih.
- 5Tuang ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Untuk Telur Goreng
- 1Panaskan minyak di dalam kuali dalam anggaran 1 mangkuk.
- 2Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan mayonis, serbuk lada hitam dan garam.
- 3Kacau adunan telur dengan garfu sehingga sebati dan berbuih.
- 4Tuang ke dalam kuali dan goreng kedua-dua belah bahagian sehingga garing..
- 5Angkat telur ke dalam pinggan dan tuang kuah tadi ke atas telur. Tabur dengan hirisan daun bawang.
- •Kalau tak ada sayur campur atau mixed vege frozen boleh juga digantikan dengan sayur lain. Kalau boleh masukkan sayur yang berlainan warna supaya nampak menarik dan berkhasiat.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






