ResepiCheNom
Sotong Masak Kicap Berempah

Sotong Masak Kicap Berempah

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah ni agak istimewa dari masak kicap biasa. Kalau anda mencari sedikit kelainan untuk masakan sotong bolehlah mencuba.

Sotong yang ada telur di dalamnya lagi sedap. Sebenarnya masakan ni ala-ala masakan daging hitam, cuma diolah untuk sotong dan hasilnya sangat menyelerakan.

Sesuai dimakan bersama nasi putih atau yang berperisa seperti nasi tomato, nasi kunyit atau yang serupa dengannya :)

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
14 Disember 20149.6K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Utama

  • 8-10 ekor sotong, dibersihkan
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 biji tomato, hiris nipis
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • kicap manis, secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
Iklan

Bahan Untuk Dikisar Atau Tumbuk Halus

  • 1/2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Iklan

Bahan Untuk Rempah Tumis

  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 3 batang cengkih
  • 4 biji buah pelaga
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Angkat dan hidangkan.
  2. 2
    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dan rempah tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.
  3. 3
    Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong. Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram. Masak sehingga sotong lembut. Perasakan guladan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.
  4. 4
    Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit.
Iklan

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru