
Sambal Tumis Udang Petai
Resepi Sambal Tumis Udang dan Petai, hidangan yang cukup membuka selera terutamanya buat penggemar ulam petai.
Walaupun petai mempunyai bau yang kurang menyenangkan, tapi rasanya sedap dan mempunyai khasiat yang sangat tinggi seperti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, anemia (kerana kandungan vitamin B6 yang tinggi di dalam petai) dapat membantu stimulasi darah merah dan juga beberapa khasiat lain.
Kombinasi udang dan petai juga sangat terbaik. Kunci utama untuk sambal yang sedap ialah sambal harus dimasak di dalam miyak yang banyak dan harus ditumis sehingga pecah minyak.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 500 gram udang
- 1 mangkuk ulas petai
- 1 batang serai, dititik atau ketuk
- 1 mangkuk minyak masak
- 1 biji bawang besar, hiris bulat
- 3 sudu air asam jawa
- 2 sudu besar sos tiram
Bahan Untuk Kisar Halus
- 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Buang kulit dan bersihkan udang.
- 2Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak.
- 3Jika sambal agak kering, tambahkan sedikit air dan kacau sehingga sambal betul-betul masak.
- 4Masukkan air asam jawa dan sos tiram kemudian diikuti serai, udang, petai dan bawang besar.
- 5Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- 6Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
- •Udang jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras, kecut dan tidak sedap. Memadai dengan hanya kacau beberapa minit di dalam sambal dan apabila isinya sudah bertukar menjadi merah, tutup api.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






