
Puding Roti Jagung
Che Nom nak kongsikan satu dessert yang mudah tapi sedap sangat, peminat-peminat puding kena cuba iaitu Puding Roti Jagung.
Resepi ni Che Nom dapat dari sahabat baik dari Instagram Che Nom yang dah lama dari dulu, sebelum Che Nom buat Youtube lagi iaitu kak Ani dari Pontian, Johor.
Kak Ani ni tauke ladang nenas dan memang pandai sangat buat pudding, jadi resepi Kak Ani mestilah confirm menjadi dan sedap. Terima Kasih Kak Ani untuk resepi puding yang sedap ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Pudding Roti Jagung
- 3 keping roti putih
- ½ tin /195ml susu cair
- 1 biji telur
- 1 ½ sudu besar tepung kastard
- Iklan
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ tin jagung manis
- ¾ cawan /150g gula
- 700ml air
- 1 pek / 10g serbuk agar-agar
- pewarna kuning
- pewarna hijau
- majerin untuk gris acuan
Cara Menyediakan
Untuk Puding Roti Jagung
- 1Gris atau sapu nipis marjerin didalam bekas acuan pudding.
- 2Buang kerak tepi roti. Kemudian, potongkan roti kepada kiub kecil.
- 3Kisar halus potongan roti, susu cair, sebiji telur, tepung kastard, esen vanilla, jagung manis dan gula. Kisar bahan sehingga betul-betul halus.
- 4Masakkan air dan serbuk agar-agar. Kerapkan menggacau supaya adunan tidak berketul.
- Iklan
- 5Bila agar-agar sudah larut, masukkan bahan kisar dan masakkan dengan api yang perlahan. Gaul sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.
- 6Bahagikan kepada tiga adunan untuk diletakkan pewarna. Adunan dijadikan warna oren, kuning dan hijau.
- 7Masukkan adunan yang pertama iaitu yang berwarna oren sebagai lapisan bawah lalu ratakan adunan tersebut didalam bekas pudding.
- 8Kemudian, masukkan kedalam peti sejuk sehingga agar-agar oren sejuk dan keras.
- 9Masukkan pula lapisan kedua yang berwarna kuning dan ulang, sejukkan kedalam peti sejuk.
- 10Selepas sejuk dan keras lapisan yang kedua, masukkan pula lapisan yang terakhir dan ratakan adunan.
- 11Masukkan pudding kedalam peti sejuk dan sejukkan dalam masa anggaran 3 jam.
- 12Selepas sudah keras, pudding roti jagung sudah siap untuk dihidang dan dijamu selera,
- •Selepas adunan kelihatan sudah mendidih, segerakan tutup api bagi mengelakkan ia hangit.
- •Pudding boleh ditambah pewarna selain pewarna kuning dan hijau mengikut kesukaan agar ia kelihatan lebih menarik lagi.
- •Jika adunan sedikit keras, boleh dipanaskan semula supaya cair sebelum diletakkan didalam bekas pudding. Boleh tambah sedikit air jika adunan menjadi terlalu pekat semasa dipanaskan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






