
Popia Sira Pedas
Resepi special kali ni, Popia Sira Sambal yang rangup sampai ke petang. Boleh buat untuk makan-makan bersama family, atau sesuai sangat untuk berniaga. Bahan-bahan pon mudah nak buat, modal berniaga pun tak terlalu tinggi kosnya, cuma skill nak membuatnya tu yang paling penting.
Ada beberapa tips sangat penting untuk mencapai standard rangup sampai ke petang tu antaranya inti kita tak masak, terus gulung macam tu aja ha ni mmg tips orang berniaga. Nak tau yang lain-lain baca sampai habis ok.
Hasil popia Sira sambal ni memang cukup rangup, dengan sambal yang pedas, dan pekat manis tak cukup satu tau bila makan berketul-ketul boleh habis sorang.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Popia
- 1/2-1 biji sengkuang
- 1/2-1 batang lobak merah
- 40-50 keping kulit popia
- 2 sb tepung gandum
- Sedikit air
- Bijan
- Minyak, untuk menggoreng
Bahan Untuk Sambal Sira
- 1 cwn air
- 3/4 cwn cili kisar
- 1/2 cwn sos cili
- 1/2 cwn gula
- 1/2 cwn gula melaka
- 1/2 st garam
Cara Menyediakan
Untuk Popia
- 1Kupas kulit sengkuang dan carrot kemudian potong mancis.
- 2Bancuh tepung gandum dengan sedikit air sebagai gam kulit popia.
- 3Letak inti sengkuang dan carrot atas kulit popia (letak dihujung bucu kulit popia).
- 4Lipat kiri kanan dan gulung, hujungnya gam dengan bancuhan tepung.
- 5Panaskan minyak kemudian goreng popia sampai keperangan.
Untuk Sambal Sira
- 1Sangai bijan tanpa minyak sampai kekuningan.
- 2Panaskan sedikit minyak kemudian tumis cili kisar.
- 3Bila cili kisar dah masak garing, masukkan sos cili, gula melaka dan gula putih.
- 4Tambah garam sikit kemudian masak sambal sampai berbuih pekat.
- 5Tutup api dan biarkan sambal suam-suam sebelum gaul.
- 6Gaul sebati popia dan sambal kemudian tabur bijan.
- •Tips untuk rangup lepas goreng kulit popia jangan gulung rapat sangat, nanti bila kita goreng luar nampak ranggup tapi lapisan dalam nanti jadi liat sebab takda ruang udara antara lapisan tu jadi bila kita goreng tu dalam tu jadi macam lempeng la.
- •Untuk goreng popia minyak kena betul-betul panas lepastu kita tukar api sederhana, jangan besar nanti cepat perang kulit dekat luar tapi dalam tak masak rangup.
- •Untuk elak popia lemau sebelum gaul popia dengan sambal, popia kena betul-betul sejuk dulu dan sambal pulak suam-suam lagi.
- •Tips kedua untuk elak popia lemau selepas gaul dengan sambal kita kena ratakan popia dalam dulang biar cepat sejuk. Bila dah sejuk baru susun dalam bekas.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





