
Mee Goreng Daging Ala Mamak
Untuk kali ini, Che Nom nak kongsikan cara untuk masak Mee Goreng Daging ala Mamak versi sempoi atau express. Kenapa sempoi, sebab dulu Che Nom pernah share video masakan mee goreng mamak yang lengkap dengan cara untuk buat pes sekali dan agak rumit untuk disediakan.
Kali ini, memang versi sempoi saja tapi cukup sedap lah. Dulu di utara kalau nak makan yang special memang Che Nom akan order mee goreng daging ni kat kedai mamak. Selain daging, apa yang penting dalam masakan ni ialah kita gunakan air rebusan daging untuk lebih rasa manis-manis daging tu. Untuk bahan tumis pula, ada 2 bahan penting yang digunakan.
Makan panas-panas, gaul pulak dengan perahan limau nipis, apa nak dikata. Kalau dah jemu cara masak mee yang biasa, sesekali boleh tukar selera masak mee goreng style mamak ni pulak.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Halus
- 3 biji bawang merah kecil
- 3 ulas bawang putih
- 5 -7 tangkai cili kering ATAU 2 sudu besar cili kisar (**kurangkan cili jika mahu kurang pedas)
- 1 sudu besar udang geragau
- Sedikit air
Bahan Untuk Kacang Goreng
- 2 sudu besar kacang tanah
- 2 sudu besar minyak masak
Bahan Lain
- Sayur taugeh
- ¼ cawan minyak masak
- 1 sudu besar serbuk kari
- ½ cawan air rebusan daging
- Sayur sawi
- 3-4 sudu besar sos cili
- 3-4 sudu besar kicap manis
- 2-3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 2 biji tomato
- 1 biji kentang rebus
- Garam, secukup rasa
- 1 paket /450g mee kuning
- 1-2 sudu besar kicap pekat karamel
- 2 biji telur
- Sedikit perahan limau nipis
- Daun bawang
- Cili merah
- Limau nipis
- Bawang goreng
Cara Menyediakan
Untuk Mee Goreng Mamak
- 1Kisar halus hirisan bawang merah, bawang putih, udang geragau, cili kisar dan sedikit air.
- 2Rebus kentang dan daging sehingga lembut. Simpan air rebusan daging.
- 3Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus.
- 4Masukkan serbuk kari daging dan air rebusan daging lalu kacau sehingga bahan masak dan pecah minyak.
- 5Masukkan batang sawi, sos cili, kicap manis, kicap cair, sos tiram, serbuk lada sulah dan hirisan daging.
- 6Masukkan potongan tomato, serbuk kacang tanah dan tambah sedikit air rebusan daging.
- 7Tambah garam secukup rasa lalu masukkan daun sawi, mee kuning yang telah dibilas dan kicap pekat caramel.
- 8Kemudian tolak mee ketepi lalu masukkan telur dan perah sedikit jus limau nipis diatas mee.
- 9Setelah telur separuh masak, gaul kesemuanya sekali dan goreng sekejap sehingga bahan-bahan bergaul sekata.
- 10Masukkan taugeh dan ubi kentang rebus.
- 11Hidangkan dengan hiasan taburan daun bawang, cili merah, bawang goreng, serbuk kacang tanah dan hirisan limau nipis.
Untuk Kacang Goreng
- 1Panaskan sedikit minyak, goreng kacang tanah sehingga masak dan kulit kacang berubah menjadi gelap lalu angkat dan toskan minyak.
- 2Selepas kacang sudah agak sejuk, tumbuk halus kacang sehingga menjadi serbuk.
- •Jika tiada udang geragau, boleh digantikan dengan udang kering sahaja.
- •Selepas potong batang sawi, tekan atau ketuk sedikit batang sawi supaya mudah lembut dan mudah meresap rencah tumis apabila dimasak.
- •Selain daripada merebus kentang, ubi kentang juga boleh digoreng namun tekstur kentang akan lebih keras dan susah untuk hancur ketika digoreng berbanding dengan rebus.
- •Rebus daging dalam anggaran masa jam.
- •Tambah air rebusan daging jika mahu mee yang lebih basah atau berkuah.
- •Cucur udang juga sesuai untuk dijadikan tambahan hidangan bersama mee goreng ala mamak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






