Mee Goreng Basah Sedap
Hi Semua, jom masak mee goreng basah.
Che Nom akan tunjuk cara sediakan mee goreng basah, yg bila masak confirm jadi dan sedap punya lah.
Ada beberapa petua Che Nom akan kongsikan sepanjang penyediaan resepi ni.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Stok Rebusan Udang
- Kulit udang
- 2-3 cawan air
- 1 ulas bawang putih
Bahan Untuk Mee Goreng
- Sayur sawi (daun)
- 3-4 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili kisar
- 3-4 sudu besar kicap
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 8-10 ekor udang
- Sayur sawi (batang)
- 2 keping kek ikan
- 10 biji bebola ikan
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- 1 pek mee kuning
- 1 biji tomato
- 1 mangkuk taugeh
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Cincang kasar bawang putih.
- 2Potong fishcake dan fishball.
- 3Hiris kasar tomato.
- 4Asingkan bahagian batang dan daun sawi kemudian potong kecil.
- 5Hiris cili merah dan limau nipis untuk hiasan.
- 6Rebus kepala dan kulit udang dengan sebiji bawang putih untuk stok udang.
- 7Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
- 8Masukkan cili kisar, kicap manis, sos cili, sos tiram, udang, batang sawi, fishcake dan fishball.
- 9Masukkan lada sulah dan air rebusan udang (tapis).
- 10Boleh adjust tambah sos atau kicap manis jika suka.
- 11Masukkan tomato dan stok air udang lagi supaya lebih berkuah.
- 12Masukkan daun sawi dan taugeh.
- 13Hiasakan dengan hirisan cili merah dan limau nipis.
Petua & Panduan
- •Tujuan tekan batang sawi bagi pecah sebab batang sawi akan serap kuah tumisan jadi lembut dan lebih sedap.
- •Tip untuk mee tak mudah kembang, basuh dan tos je, jangan celur dengan air panas, jika tidak mee cepat lembik bila masak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025



