Bihun Goreng Resepi Mak Che Nom
Hi semua, kali ni Che Nom nak share cara masak bihun goreng,
cara yang sama macam mak Che Nom selalu buat kat rumah dulu.
Selamat Mencuba :)
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- Bahan-bahan untuk tumbuk halus
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
Bahan Untuk Lain
- 1 ketul isi ayam
- 1 ketul kiub ikan bilis
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 keping fish cake
- 3-4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap manis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 pek bihun
- 1 ikat sayur sawi
- 1 biji tomato
- 1 mangkuk taugeh
Bahan Untuk Taburan
- Cili merah
- Daun bawang
- Limau nipis
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
- 2Potong fishcake, tomato dan isi ayam.
- 3Sayur sawi asingkan bahagian batang dan daun kemudian potong kecil.
- 4Hiris nipis cili merah, daun bawang dan limau nipis untuk hiasan.
- 5Tumbuk bawang yang telah dipotong tadi dengan sedikit udang kering.
- 6Panaskan kuali dan tumis bahan sehingga kekuningan.
- 7Masukkan cili kisar.
- 8Kacau sekejap hingga cili berubah warna jadi gelap.
- 9Masukkan isi ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedikit garam.
- 10Masukkan kiub ikan bilis, fishcake, batang sawi, air dan lada sulah.
- 11Boleh tambah telur (optional).
- 12Masukkan bihun yang dah direndam.
- 13Kalau bihun masih keras, tuang air sikit-sikit kacau sampailah lembut.
- 14Masukkan daun sawi, tomato dan taugeh (boleh ganti dgn hirisan sayur kobis).
- 15Boleh tambah kicap atau sos kalau suka.
- 16Kalau kurang masin boleh tambah dengan garam, kalau masih keras tambah air sikit.
- 17Hidangkan dengan cili potong, daun bawang dan hirisan limau nipis.
Petua & Panduan
- •Jangan masak taugeh lama sangat, sebab kita nak rasa crunchy sikit masa makan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025




