
Kerepek Popia Sira
Dalam episode kali ni, Che Nom sediakan satu snek yang sangat sedap dan tak boleh berenti kalau makan, iaitu Kerepek Popia Sira Pedas yang sangat rangup, pedas, manis, dan bau pun harum sebab kita letak bijan yang disangai. Bila makan, bukan saja rangup dari popia sira tu, rasa rangup bijan sangai pun buat bagi lebih sedap.
Che Nom mulakan dengan tunjuk cara untuk gulung kepingan popia dengan mudah, kemudian tips menggoreng untuk popia gulung masak dang rangup sekata. Lepas tu kita masak lah pulak sambal untuk salutan. Hasilnya popia akan bersalut cantik sekata dan ranggupnya tu tahan lama. Sekali hadap memang habis sebalang anak-anak Che Nom buat mengunyah sambil tengok TV. Nak buat juadah untuk Raya pon sesuai, gerenti laku keras punyalah. Boleh buat berniaga jugak.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Popia Sambal
- 1 pek /50 keping kulit popia
- 4 ulas bawang putih
- 1-2 biji bawang merah kecil
- 10-12 tangkai cili kering
- 3/4 cwn air (untuk kisar)
- 1/2 cwn minyak masak
- 1/2 kiub pati ikan bilis atau ayam
- 1/2 sk garam
- 3/4 cwn gula
- 3 sb bijan
- Sedikit jus asam jawa
Bahan Untuk Gam
- 1/4 cwn air
- 2 sb tepung gandum
Cara Menyediakan
Kulit Popia
- 1Bancuh tepung gandum dengan air sampai pekat.
- 2Gulung kulit popia dengan chopsticks atau straw dan sapu hujung dengan bancuhan tepung.
- 3Gunting menyerong panjang 1-1.5cm.
- 4Panaskan minyak, bila minyak dah panas perlahankan api dan goreng kulit popia.
- 5Bila dan perang, boleh angkat dan toskan minyak
Sambal
- 1Potong kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
- 2Gunting cili kering dan rebus sampai lembut.
- 3Bancuh asam jawa sampai pekat.
- 4Sangai bijan sampai kekuningan dan naik bau.
- 5Kisar halus cili kering, bawang putih dan bawang merah dengan air.
- 6Panaskan ½ cwn minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
- 7Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam dan garam.
- 8Bila warna sambal dah gelap dan garing, masukkan gula dan sedikit air.
- 9Kacau sampai sambal pekat dan berbuih,
- 10Tabur masuk bijan sangai (masuk separuh dulu) dan tutup api.
- 11Tunggu sambal suam-suam kemudian masukkan kulit popia goreng.
- 12Tabur masuk bijan sangai dan gaul sebati.
- 13Tuang atas talam dan ratakan untuk penyejukan sekata.
- 14Bila dah sejuk, boleh siimpan dalam bekas kedap udara.
- •Keluarkan kulit popia 30 minit dari peti sejuk sebelum gulung, baru mudah nak leraikan. Kalau keras takut kulit melekat dan koyak pulak.
- •Baki kulit yang nak biarkan dekat luar elok tutup dengan kain nak elak keras dan jadi rapuh.
- •Jangan gulung kulit popia rapat-rapat sebab kalau tak pertama susah nak tarik chopstick keluar, kedua kulit popia jadi keras bila kita goreng.
- •Bila goreng kulit popia pastikan betul-betul tenggelam dan kerap kacau.
- •Sambal kena masak garing sebelum masuk gula barulah sambal tu tahan lama dan sedap.
- •Kalau sambal dah berbuih maksudnya gula dah mula berkaramel dan sedia untuk disalut. Kalau tak berbuih maksudnya kandungan air masih banyak nanti kulit popia jadi lembik lepas salut.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






