
Kerabu Kerang Ala Thai
Kali ni Che Nom nak share resepi seafood iaitu kerabu Kerang ala Thai. Hidangan ni sesuai sangat untuk sesiapa yang mencari lauk yg mudah dan tak gunakan minyak..kadang-kadang kita rasa nak makan yang mudah aja kan.
Apa yg penting ialah kerang mestilah segar dan direbus dengan cara yang betul, dan kuah air asam/kuah kerabu tu..mestilah cukup pedas, cukup masam, juga kena ada gabungan sos ikan dan belacan untuk rasa umami tu sebelum kita tuang ke atas kerang rebus. Kalau Che Nom lah, meratah aja pun boleh habis sorang makan ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 1 cawan air
- 4-6 tangkai cili padi
- 1 biji cili merah
- 2 ulas bawang putih
- Iklan
- 1-2 biji limau nipis
- ½ biji tomato
- ½ biji bawang besar
- Daun ketumbar
- 1 kilo kerang
- 1-2 sb air asam jawa
- ½ inci belacan bakar
- 2 sb sos ikan
- Sedikit air
- 1 sk gula melaka
- 1 sk garam
Cara Menyediakan
Untuk Air Asam
- 1Potong kasar cili merah, cili padi dan bawang putih.
- 2Kisar kasar cili merah, cili padi dan bawang putih (tak perlu letak air).
- 3Potong kasar sebiji limau nipis (untuk perahan) dan hiris nipis membulat sebiji lagi (untuk hiasan).
- 4Potong kasar tomato, bawang besar dan daun ketumbar.
- 5Dalam mangkuk yang besar, masukkan bahan kisar kasar, hirisan tomato, hirisan bawang, pati asam jawa, sos ikan, gula melaka (boleh ganti gula thai atau gula putih), belacan bakar dan jus limau nipis.
- 6Gaul dan picit-picit bahan biar mesra.
- 7Tambah sedikit air, garam, hirisan limau dan hirisan daun ketumbar (Che Nom simpan sikit untuk hiasan). Gaul sebati dan ketepikan.
Untuk Kerang
- 1Basuh bersih kerang dan rebus dengan 1 cawan air sampai masak (anggaran 10 minit).
- 2Bila kerang dah masak, angkat dan rendam dalam air ais atau air sejuk.
- 3Kupas sebelah cengkerang kerang.
- 4Tuang kerabu atau air asam tadi atas kerang.
- 5Tabur hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis untuk hiasan
- •Kalau nak lebih pedas boleh ganti cili merah dengan semua cili padi.
- •Kalau tak minat bawang putih dalam kerabu, boleh skip bawang putih
- •Tips untuk isi kerang lembut, rendam kerang dalam air sejuk atau air ais selepas rebus
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






