Kek•
Kek Sarang Semut yang Legend
Hi semua, kali ni Che Nom nak tunjuk kek yang mudah sangat nak dapat bahan-bahan untuk disediakan.
Sekarang ni kan ramai yang cakap susah nak dapat barang-barang di bakery…
jadi jom kita sediakan kek klasik yang tak pernah lapuk dek zaman, iaitu kek sarang semut atau ada juga yang panggil kek gula hangus.…bahan-bahan pun biasa ada kat dapur aja.
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Gula Karamel
- 1 cawan/ 200g gula putih
- 1 cawan/ 250ml air
Iklan
Bahan Lain
- sedikit mentega, untuk sapuan
- 4 biji telur, saiz B
- 1/2 cawan/ 153g susu pekat manis
- 1/3 cawan/ 76g mentega
- 1 cawan/ 125g tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat atau baking soda
- 1 sudu kecil esen vanila
Iklan
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Sediakan loyang, sapu mentega dan lapik dengan kertas baking.
- 2Ayakkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
- 3Masak gula putih sehingga perang dan larut.
- 4Bila dah perang, masukkan air panas dan biarkan gula larut sekata. Kemudian boleh angkat dan ketepikan.
- Iklan
- 5Cairkan butter atau mentega dengan api kecil.
- 6Pecahkan telur dan kacau perlahan sehingga sebati.
- 7Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.
- 8Masukkan butter cair dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.
- 9Masukkan esen vanilla.
- 10Masukkan gula karemel cair tadi.
- 11Tapis adunan supaya adunan halus dan tak berketul. Tutup dan perap selama minimum 1 jam.
- 12Tuang adunan dalam loyang dan sedia utk dibakar.
- 13Bakar dengan api bawah sahaja pada 20 minit pertama dengan suhu 160°C.
- 14Selepas 20 minit, tukar kepada api atas bawah dan teruskan bakar sehingga masak. Anggraan 20 minit, atau mungkin kurang. Ikut saiz dan jenis oven masing-masing
- 15Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih, kek dikira sudah masak.
Iklan
Petua & Panduan
- •Teknik nak kacau bahan cair dengan bahan kering, kita kena kacau dari tengah, nanti perlahan-lahan bahan kering sekeliling tu akan menyerap air dan bergaaul sebati.
- •Pada 20 minit pertama, bakar mengunakan api bawah dan tinggikan tray utk jarakkan sikit dari rod haba. Cara macam ni akan hasilkan lebih banyak ronga-ronga atau sarang semut.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026
Iklan

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026
Iklan

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





