
Kek Gula Hangus
Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut kerana rupa dan tekstur nya yang berlubang-lubang. Kek ni boleh dikatakan kek klasik yang menjadi kegemaran ramai sejak dahulu lagi. Rasanya pun sangat sedap dan tidak mudah berasa muak jika dimakan.
Bahan utama kek gula hangus ialah gula putih yang dimasak sehingga menjadi warna perang atau karamel, transformasi rasa dari gula putih kepada karamel yang menjadikan kek ini sangat sedap.
Sila rujuk bahagian tips untuk cara-cara memasak gula karamel.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 3 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 125 g mentega, cairkan
- 1 sudu besar soda bikarbonat
- 1 cawan tepung
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Cairkan gula pasir di atas api perlahan dan biarkan gula masak sehingga keperangan.
- 2Apabila gula sudah cair keperangan sepenuhnya, tuang air panas sedikit demi sedikit dan biarkan sejuk.
- 3Pukul telur bersama susu pekat dan mentega yang sudah dicairkan.
- 4Ayak soda bikarbonat ke dalam adunan dan kacau sebati. Jangan ayak sekali bersama tepung
- 5Kemudian ayak pula tepung gandum dan kacau sehingga adunan tidak berketul. Tuang air gula karamel tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sebati.
- 6Tuang ke dalam loyang dan rehatkan selama minimum 1 jam.
- 7Bakar selama 20-25 minit pada suhu 160ºC.
- •Jangan guna sudip untuk mengacau gula kerana nanti gula akan menjadi berketul, cukup sekadar goyangkan kuali untuk mengacau gula supaya tidak hangus. Masak di atas api perlahan dan sentiasa pantau gula supaya tidak hangus.
- •Pastikan air gula karamel sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Jika masih panas, tepung akan menjadi masak semasa proses mengadun dan kek akan menjadi 'bantat' atau tidak naik.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





