
Kek•
Kek Batik Marie Dengan Topping Coklat Ganache
Kek Batik Coklat Ganache yang sedap, dan cantik permukaannya. Siapa tak kek batik kan?
Paling mudah disediakan, tapi kalau tak kena resepi dan caranya, kita tak akan dapat hasil seperti yang diinginkan..boleh jadi keras, atau terlalu lembik. Yg ni hasilnya sedang elok je.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kek Batik
- 2 pek/ 540-600g biskut marie
- 1 ketul / 200g butter (unsalted/salted)
- ½ cawan / 153g susu pekat
- ½ cawan / 50g serbuk koko
- 1 cawan / 120g serbuk milo
- ½ cawan / 118 ml air panas
- ½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
Bahan Untuk Topping Coklat Ganache
- 200ml /200g whipping cream
- 200g dark chocolate
- 1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
- 1 sudu besar butter
Cara Menyediakan
Untuk Kek Batik
- 1Patah-patahkan biskut marie.
- 2Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sampai tak berketul.
- 3Masukka air panas, garam (kalau guna unsalted butter), telur dan esen vanila. Kacai sampai halus licin.
- 4Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
- 5Tuang ke dalam loyang yang dah dilapik kertas baking atau plastik. Ratakan dan tekan rapat. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan coklat ganache.
Untuk Topping Coklat Ganache
- 1Panaskan whipping cream dalam periuk, boleh guna api atau microwave.
- 2Setelah panas tuang whipping cream ke atas dark chocolate yang sudah dicincang kasar.
- 3Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sampai sebatu, tidak berketul dan licin.
- 4Terus tuang atas permukaan kek batik tadi.
Petua & Panduan
- •Masak kesemua bahan guna api perlahan je.
- •Gaulkan biskut marie sedikit demi sedikit supaya senang nak sebati.
- •Tunggu sekejap 2-3 minit sehingga biskut lembut sikit baru tuang dalam loyang.
- •Kalau boleh guna coklat berkualiti tinggi supaya rasa kek batik lebih sedap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025



