
Kek Coklat Moist Moist Ketagih Viral
Kali ni Che Nom nak share resepi kek yang viral iaitu kek coklat moist bikin ketagih. Kek ni sebenarnya kek coklat moist yang dikukus atau dibakar, dan kita hias dengan lapisan coklat ganache di atasnya. Cuma versi viral ni kek dibakar dalam loyang petak besar, dan kita potong kecil sebelum hias dengan coklat flakes. Simple tapi menarik.
Video ni ada beberapa bahagian penting iaitu penerangan bahan-bahan, penyediaan adunan basah dan kering, serta cara lengkap untuk hasilkan kek coklat versi kukus dan cara sediakan ganache yang betul. Jangan skip ye kalau anda baru nak belajar.
Hasilnya kek coklat yang lembab dgn gabungan coklat ganache yang silky smooth memang cukup sedap, cukup premium rasanya. Boleh buat berniaga.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 tin / 390g susu cair
- 1 cwn / 150g coklat masakan
Bahan B
- 1/4 sk garam
- 1/2 cwn / 50g serbuk koko
- 1 1/2 cwn / 195g tepung gandum
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk serbuk penaik
Bahan C
- 4 biji telur saiz B
- 1 cwn / 200g gula kastor
- 1 sk esen vanilla
- 1/2 cwn / 119ml susu pekat
- 2 sb air kopi (pilihan)
- 2/3 cwn / 158ml minyak sayuran
Bahan Coklat Ganache
- 350g coklat masakan
- 320ml krim putar tenusu
- 1 sb mentega
- Coklat flakes, untuk hiasan
Cara Menyediakan
Kek Kukus
- 1Masak (bahan A) coklat masakan dan susu sejat sampai suam dan coklat cair. Kemudian ketepikan dulu
- 2Ayak (bahan B) tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam. Ketepikan dulu.
- 3Pukul telur dan gula sampai kuning pucat dan gula larut.
- 4Masuk esen vanilla dan susu pekat kemudian kacau sampai sebati.
- 5Masukkan adunan kering (bahan B) dan kacau sebati.
- 6Masukkan air kopi, adunan basah (bahan A) dan minyak sayuran. Kacau sebati.
- 7Loyang saiz 9x9x3 inci, gris dengan butter dan lapik dengan kertas baking (kertas perlu tinggi melepasi lonyang).
- 8Tuang masuk adunan dalam Loyang. Tutup dengan aluminium foil.
- 9Kukus selama 45-60 minit atau bakar 170C selama 50-60 minit.
Coklat Ganache
- 1Cairkan coklat masakan dan krim putar tenusu dengan kaedah double boil.
- 2Kacau perlahan-lahan sampai cair.
- 3Masukkan butter dan biarkan coklat suam.
- 4Tuang coklat ganache atas kek.
- 5Sejukkan kek semalaman dalam peti ais.
- 6Potong kek dan hias dengan coklat flakes.
- •Serbuk koko selalunya berketul jadi penting untuk ayak dulu.
- •Masak coklat dan susu sejat cukup setakat suam dan naik wap je, jangan masak sampai mendidih, kita tak nak coklat rosak atau susu berketul.
- •Kacau adunan kering seeloknya masuk sedikit demi sedikit dan mula kacau dari tengah.
- •Kek Che Nom masih basah ditengah dan atas lepas 45 minit, jadi Che Nom bukak penutup dan sambung kukus lagi 10-15 minit.
- •Tips potong kek kemas, celup pisau dalam air panas kemudian lap kering setiap kali potong.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





