Kek•
Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache.
Dessert yang mudah, kerana kita tak perlu bakar guna oven.
Untuk kek batik, kali ni Che Nom sediakan tanpa telur.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kek Batik
- 2 pack /540g biskut marie
- 250g mentega
- 1/2 tin /200g susu pekat manis
- 1 cawan serbuk Milo
- 3/4 cawan /180ml susu full cream
- 1/2 cawan /50g serbuk koko
- 1/4 sudu kecil garam *for unsalted butter
- 1 sudu kecul esen vanilla
Bahan Untuk Lapisan Cheese
- 250 g krim keju
- 3 sudu besar /50g gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 3/4 sudu besar serbuk gelatin
- 3 sudu besar air panas
- 200 ml krim putar tenusu
Bahan Untuk Coklat Ganache
- 300g coklat masakan gelap
- 250g krim putar tenusu
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Menyediakan
Untuk Kek Batik
- 1Lapik loyang dengan plastik atau kertas kalis air.
- 2Patah-patahkan biskut marie.
- 3Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat manis, serbuk milo, susu full cream dan serbuk koko. Kacau sampai tak berketul.
- 4Masukkan esen vanila, garam (kalau guna unsalted butter).
- 5Kacau sampai mendidih dan tutup api.
- 6Tuang biskut maire yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
- 7Tuang ke dalam loyang.
- 8Ratakan dan tekan rapat.
- 9Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan lapisan cheese.
Untuk Lapisan Cheese
- 1Bancuh gelatin dengan air panas dan kacau sampai larut.
- 2Masukkan krim cheese dalam mangkuk adunan.
- 3Masukkan gula kastor, esen vanilla, susu pekat dan cecair gelatin.
- 4Kacau sekata.
- 5Dalam bekas yang berasingan, putar whipping cream sehingga kental.
- 6Campurkan whipping cream dalam adunan cheese.
- 7Keluarkan kek batik dan tuang adunan cream cheese di atasnya.
- 8Ratakan dan masukan balik kedalam peti sejuk.
Untuk Lapisan Coklat Ganache
- 1Cairkan coklat (double boil).
- 2Masukkan whipping cream kemudian kacau sehingga suam dan larut.
- 3Masuk sedikit butter (supaya lapisan ganache berkilat).
- 4Masukkan esen vanilla.
- 5Bila dah cair sekata boleh angkat.
- 6Keluarkan kek batik dari peti sejuk dan tuang coklat ganache.
- 7Simpan dalam peti sejuk semalaman
Petua & Panduan
- •Jangan panaskan (double boil) terlalu lama coklat ganache.
- •Sentuh bubble yang muncul atas lapisan coklat ganache supaya lapisan ganache tak menggerutu.
- •Rendam pisau dalam air panas setiap kali kita potong, potongan lebih kemas dan bersih dengan cara ni.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





