
Cucur Jawa
Untuk resepi kali ini, Che Nom nak tunjuk cara untuk buat sejenis kuih iaitu Cucur Jawa. Bagaimana boleh dapat nama cucur jawa, Che Nom pun kurang pasti. Mungkin ada yg tau asal usulnya boleh lah kongsi.
Ada sesetengah tempat atau negara panggil kuih topi dan kuih penyaram. Mudah sangat bahan-bahan asas nya iaitu dua jenis gula, dua jenis tepung, dan air, tapi cara nak buatnya tu bermula dari cara bancuhan sampailah ke cara menggorang yang boleh buat bagi jadi atau tak jadi topi nya.
Bagi Che Nom cucur jawa yang sedap, bahagian tepi tu mesti rangup-rangup manis rasanya, dan bahagian tengah terasa keyal tapi masih lembut serta bersarang/berongga cantik di dalamnya.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Cucur Jawa
- 1 cwn / 130g tepung gandum
- 1 cwn /115g tepung beras
- 1/2 cwn /80g serbuk gula merah
- 1/2 cwn /100g gula pasir
- Iklan
- 1 cwn /237ml air
- 1-2 helai daun pandan
- 1/2 sk garam
- Tambahan air, jika perlu
Cara Menyediakan
Untuk Adunan Cucur Jawa
- 1Sukat tepung beras dan tepung gadum. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
- 2Dalam periuk berasingan, masukkan gula merah Thai (Che Nom guna brand Cap bintang), gula pasir, garam, air dan daun pandan. Kalau guna gula melaka kena lebihkan gula melaka dari gula putih kalau tak warna cucur akan pucat.
- 3Masak sampai air gula larut, mendidih dan naik bau pandan. (kalau tak nak masak tapi nak bancuh dengan air suam pon boleh tapi jangan letak daun pandan sebab daun pandan kena masak baru naik bau).
- 4Tapis air gula dan biarkan sejuk.
- 5Masukkan air gula dan tepung dalam blender atau food processor, putar sampai sebati anggaran 2 minit.
- 6Tuang masuk adunan kedalam bekas.
- 7Kalau adunan terlalu pekat, boleh tambah sedikit air sampai adunan sederhana cair.
- 8Tutup dengan plastik dan perap adunn minimum 3 jam atau semalaman. Kalau perap semalaman boleh simpan adunan dalam peti sejuk.
Untuk Goreng Cucur Jawa
- 1Gunakan kuali melengkung kalau kuali flat nanti cucur tak menjadi.
- 2Panaskan minyak dan senduk masuk adunan.
- 3Terbalikkan bila bahagian bawah dah perang.
- 4Bila dah masak, tolak cucur ketepi kuali untuk sejat turun lebihan minyak.
- 5Angkat dan toskan cucur, nak letak atas tisu pon boleh.
- •Pastikan minyak panas sebelum goreng.
- •Untuk tepung beras Che Nom guna Cap Teratai.
- •Untuk tepung gandum Che Nom guna Cap Sauh dan Cap Ros.
- •Kalau guna gula melaka, lebihkan gula melaka dari gula putih kalau tak nanti warna akan pucat dan tak gelap sangat.
- •Kalau kurangkan gula, bahagian tepi cucur tu akan jadi tak garing dan liat-liat.
- •Simpan adunan dalam peti sejuk kalau nak perap semalaman.
- •Gunakan kuali melengkung atau kuali klasik lagi baguas. Kalau kuali flat nanti cucur tak menjadi.
- •Bila dah masak, tolak cucur ketepi kuali untuk sejat turun lebihan minyak jadi kuih tak makan minyak.
- •Untuk hasil yang sama besar pastikan guna senduk / bekas yang sama untuk tuang masuk adunan masa goreng cucur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





