ResepiCheNom
Buko Pandan

Buko Pandan

Che Nom akan share dessert yang sangat sedap iaitu buko pandan salad yang asalnya dari Filipina, yang pernah viral suatu ketika dulu.

Dibuat dari jeli pandan, isi kelapa muda atau filipina panggil buko (itu yang dapat nama buko tu) dan bahan-bahan lain iaitu sagu, nata de coco macam-macam lagi lah.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
20 Jun 202226.1K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk Jeli Pandan

  • 1 pek /10g serbuk agar-agar
  • 1 cawan jus pandan
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2-3 titik pewarna hijau (pilihan)
Iklan

Bahan Untuk Sagu

  • 1 cawan sagu
  • Air secukupnya
  • Sedikit pewarna hijau
Iklan

Bahan Lain

  • 1 kotak /200g krim putar tenusu
  • 1 tin susu cair
  • Susu pekat manis
  • Nata de Coco
  • 2 sudu besar biji selasih
  • Isi kelapa muda
  • Kiub ais
  • Ais krim vanila (pilihan)
Iklan

Cara Menyediakan

Untuk Biji Selasih Dan Sagu

  1. 1
    Rendam biji selasih dengan air secukupnya dalam anggaran 10-15 minit sehingga kembang.
  2. 2
    Rebus pula sagu sehingga sagu masak dan lembut.
  3. 3
    Setelah masak, bilas sagu dengan air lalu tambah pewarna hijau kedalam sagu.

Untuk Jelly Pandan

  1. 1
    Kisar halus daun pandan dengan air secukupnya lalu tapis jus pandan.
  2. 2
    Panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar, gula, pewarna hijau dan jus pandan.
  3. 3
    Setelah mendidih, tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.
  4. 4
    Kemudian, potong jeli pandan yang sudah sejuk berbentuk kiub.
Iklan

Untuk Whipping Cream

  1. 1
    Pukul whipping cream sehingga agak pekat.
  2. 2
    Sejukkan ke dalam peti sejuk.

Untuk Buko Pandan

  1. 1
    Masukkan kiub jeli pandan, susu pekat manis, susu cair, biji selasih, sagu, nata de coco, isi kelapa dan kiub ais.
  2. 2
    Masukkan whipping cream dan hidangkan bersama dengan aiskrim vanilla.
Iklan
Petua & Panduan
  • Jika tidak mahu kisar daun pandan, boleh sahaja simpulkan daun pandan ke dalam rebusan jeli.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru