
Bubur Pulut Hitam Sedap
Resepi Bubur Pulut Hitam yang sangat sedap.
Memang tak susah nak masak bubur pulut hitam, cuma memerlukan masa yang panjang dengan merendam pulut semalaman sehingga lembut.
Santan pula, gunakan santan segar. Bukan santan kotak.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 6 cawan air, untuk merebus pulut
- 1 1/2 cawan pulut hitam
- 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
- 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
- 3/4 cawan gula putih
- 1/2 ketul gula melaka
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung
Cara Menyediakan
Untuk Masak Bubur Pulut Hitam
- 1Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
- 2Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
- 3Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
Untuk Kuah Santan
- 1Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
- 2Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Petua & Panduan
- •Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





