
Bihun Sup Ayam Utara yang Mudah
Resepi Bihun Sup Ayam Utara yang mudah dan sedap rasanya. Kadang-kadang jika tekak rasa nak makan makanan yang berkuah dan 'light' sahaja, boleh lah sediakan bihun sup ayam utara ni. Pasti membuka selera.
Ciri-ciri bihun sup utara, baik ayam ataupun daging mestilah bihun nya bewarna kuning hasil dari rendaman bihun bersama kunyit atau pewarna kuning. Ia juga hidangkan bersama sambal tumis merah yang menggunakan serbuk cili sebagai bahan utama kerana kita nak dapatkan tekstur sambal tumis merah yang pekat, pedas dan halus.
Satu lagi bahan penting ialah lobak masin yang dihiris halus sebagai pelengkap hidangan. Anda boleh semak resepi lengkap di bawah dan selamat mencuba.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Bihun
- 1 pek bihun kering
- 1-2 sudu kecil serbuk kunyit
- air, untuk rendam bihun
Bahan Untuk Tumbuk Halus
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
Bahan Untuk Sup Ayam (Lain-Lain)
- garam secukup rasa
- 1/2 ekor ayam, potong kecil
- sedikit minyak
- 1 pek rempah sup bunjut tulang Adabi
- 1 batang serai, dititik
- air secukupnya, anggaran 2 liter lebih
- 2 pokok daun sup, ambil batang sahaja
- 1/2 sudu besar lada hitam, tumbuk kasar
- 1/2 sudu besar serbuk lada sulah
- 1 ketul kiub ayam, jika suka
Bahan Untuk Sambal Merah
- 1 senduk minyak
- 4 sudu besar serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
- 1 mangkuk kecil cili kisar
- 1/2 mangkuk air asam jawa
- sedikit sos cili
- gula putih dan gula melaka
- garam secukup rasa
Bahan Untuk Hiasan
- daun sup
- daun bawang
- bawang goreng
- lobak masin, rebus sekejap dgn air panas dan tos
- limau nipis, jika suka
Cara Menyediakan
Untuk Bihun
- 1Rendam bihun bersama kunyit dan air secukupnya, agak-agak sehingga tenggelam.
- 2Bila bihun dah lembut, masak kesemua bahan rendam sehingga bihun menjadi lembut. Tak perlu tunggu sampai mendidih. Memadai jika bihun dah lembut, terus toskan airnya. Bilas sikit dengan air supaya proses pemanasan dapat dihentikan.
Untuk Sup Ayam
- 1Panaskan sedikit minyak.
- 2Tumis bahan kisar halus, rempah sup bunjut tulang adabi, dan serai. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
- 3Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan kacau sebentar. Masukkan air, batang daun sup, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan kiub ayam. Reneh sup ayam sehingga mendidih dan ayam masak.
- 4Perasakan dengan garam secukup rasa.
- 5Bolehlah hidang bihun yang dicelur, bersama sup ayam dan bahan-bahan hiasan, termasuklah sambal merah.
Untuk Sambal Merah
- 1Panaskan minyak, masuk bancuhan serbuk cili dan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Tambah air asam jawa, sos cili, gula putih, gula melaka dan sedikit garam.
- 2Masak lagi hingga pecah minyak. Tambah sedikit air putih dan ulang masak beberapa kali sehingga warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap dari warna asal dan pekat teksturnya.
- •Bihun jangan direbus sehingga lembut sangat kerana takut nanti lembik bila kita hidangkan bersama kuah sup yang panas. Boleh ganti kunyit dengan pewarna kuning jika suka
- •Boleh juga gunakan sup bunjut biasa, tapi anda perlu tambah 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan beberapa tangkai bunga cengkih untuk bagi sup lebih sedap dan kuat rasa rempahnya.
- •Lobak masin harus direbus atau celur sekejap kerana jika tidak rasanya terlalu masin.
- •Untuk sambal merah, Che Nom tak letakkan bawang kerana ini versi yang cepat dan mudah tapi tetap sedap rasanya. Anda boleh letak bawang jika suka.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





