
Ayam•
Ayam Kung Pao
Resepi Ayam Kung Pao,
masakan ala Cina yang sedap.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
- 5 biji cili kering, dipotong dua
- 2 inci halia muda, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
- 1/3 biji karot, hiris nipis
- 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
- 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak ATAU 1/2 mangkuk kecil biji gajus (lagi sedap kalau guna gajus)
- sedikit daun bawang, potong 1 inci panjang
- 1/2 mangkuk kecil minyak masak
Bahan Untuk Perapan
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2-3 sudu besar kicap cair
Bahan Untuk Sos
- 2 sudu besar kicap pekat berkaramel (boleh ganti dengan kicap pekat manis)
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu teh gula
- 3 sudu besar air
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.
- 2Goreng kacang dengan minyak sehingga masak. Ketepikan.
- 3Goreng ayam dalam minyak yang sama sehingga ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- 4Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 3 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
- 5Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah atau gajus. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.
Petua & Panduan
- •Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras dan kering.
- •Jika agak kering masukkan sedikit air supaya berkuah.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Sambal Penyet Stok: Teknik Goreng Layu + Kisar Kasar + Tumis Pecah Minyak (Tahan Lama & Senang Guna)
12 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Teknik Garam Awal 15 Minit: Ayam Lagi Juicy, Tak Hanyir & Tak Kecut Bila Masak
12 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





