
Ayam•
Ayam Masak Butter
Selamat berpuasa semua, kali ni Che Nom nak share resepi yang sesuai sangat dimasak untuk berbuka puasa sebab rasanya pedas, berlemak dan sedikit rasa berempah iaitu Ayam Masak butter.
Ayam goreng pun special cara ayam goreng popcorn. Digaul pulak dengan kuah yang berlemak memang terbaik sangat kalau kita guna pure butter dari Anchor. Jadi premium terus rasanya.
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kuah Butter
- 1/4 cawan mentega
- 1/2 biji bawang holland
- 1 tangkai daun kari
- 2 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili padi
- 1 cwn susu cair
- 2 keping keju cheddar
- 2/3 cwn tepung gandum
- 2/3 cwn tepung jagung
- 1 sk serbuk lada hitam
- 1/2 sk serbuk lada putih
- 1 sk garam
- 1 sk serbuk seasoning
Iklan
Bahan Untuk Ayam Goreng
- 2 ketul besar dada ayam
- 1 sb serbuk kari daging
- 1/2 sk garam
- 1/2 sk serbuk lada putih
- 1 sk serbuk lada hitam
- 1 biji telur
- 1 1/2 sb tepung salutan
Iklan
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan Bahan
- 1Potong dadu kecil bawang holland.
- 2Cincang halus bawang putih.
- 3Hiris nipis cili padi.
Iklan
Untuk Ayam Goreng
- 1Campur tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa. Kacau biar bergaul sekata dan ketepikan.
- 2Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan telur. Kacau sebati kesemua bahan.
- 3Tambah tepung salutan dan sambung gaul sekejap. Boleh tambah air sikit kalau terlalu pekat.
- 4Kemudian perap ayam anggaran 1/2 jam.
- 5Selepas perap, salut ayam perap dengan tepung salutan tadi.
- 6Panaskan kuali kemudian goreng ayam sampai kuning keperangan dan rangup.
- 7Angkat ayam dan ketepikan.
Iklan
Untuk Kuah
- 1Tuang masuk ayam goreng dan kacau sebati.
- 2Cairkan mentega dan tumis bawang holland,
- 3Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi.
- 4Tuang masuk susu cair (kalau nak ganti susu full cream pon boleh).
- 5Masukkan keju cheddar.
- 6Masak sampai kuah mendidih. Garam boleh adjust kalau nak lebih masin.
- 7Ayam masak butter sedia untuk dihidang.
Petua & Panduan
- •Masak salut ayam, kena gaul lama sikit ayam dengan tepung salutan untuk dapat kedutan yang cantik.
- •Masa goren ayam jangan goreng banyak-banyak sangat, biar ada ruang sikit.
- •Kalau guna mentega bergaram, garam kena jaga-jaga, jangan letak banyak sangat.
- •Jangan lama simpan sebab kuah ni cepat jadi pekat dan menyerap.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





