
Agar-Agar Cendol Sedap
Resepi Agar-Agar Cendol yang sangat sedap jika dihidangkan sebagai pencuci mulut tambahan lagi jika agar-agar ini disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
Rasa lemak cendol bersantan bergabung pula bersama lapisan manis 3 jenis gula iaitu gula melaka, gula merah dan gula pasir memang sangat enak.
Untuk resepi ini Che Nom guna agar-agar bertali yang mudah didapati di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Lapisan Gula Melaka
- 1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
- 800 ml air
- 150 gram gula melaka
- 1/4 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 250 ml santan
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan Untuk Lapisan Santan
- 1/2 pek agar-agar bertali (anggaran 15g)
- 800 ml air
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 1/2 sudu teh garam
- 250 ml santan
- 1 pek cendol, tapis airnya
Cara Menyediakan
Untuk Lapisan Gula Melaka
- 1Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar bersama gula melaka, gula merah dan gula pasir sehingga larut.
- 2Perlahankan api dan masukkan santan bersama garam. Kacau dengan kerap sehingga mendidih. Tapis dan tuang ke dalam acuan. Sejukkan sehingga beku.
Untuk Lapisan Santan
- 1Basuh dan rendam agar-agar bertali bersama air seketika, kemudian masak agar-agar sehingga larut.
- 2Masukkan santan, cendol dan garam. Kacau sehingga mendidih di atas api perlahan.
- 3Tuangkan di atas lapisan gula melaka yang sudah dicakar dengan garfu supaya dua lapisan bercantum dengan sempurna.
- •Apabila santan dimasukkan, harus dikacau dengan api perlahan supaya agar-agar tidak berketul.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





