
Vanilla Cupcake
Resepi Vanilla Cupcake
yang tak susah sangat nak buat,
Mesti menjadi.
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Cupcake
- 125g tepung naik sendiri
- 125g gula kastor
- 1/4 sudu teh soda bikarbonat
- 125g unsalted butter,
- 2 biji telur gred A
- 1 1/2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
- 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila
Bahan Untuk Buttercream
- 200g unsalted butter
- 400g gula icing, ayak
- 2 sudu besar susu full cream (Dutch Lady)
- 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila
Cara Menyediakan
Untuk Cupcake
- 1Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
- 2Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
- 3Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
- 4Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
- 5Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.
Untuk Buttercream
- 1Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas, letak ke tepi.
- 2Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
- 3Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati. Tuang pula adunan susu dan vanila tadi sedikit demi sedikit, dan kasau sehingga mendapat tekstur yang lembut dan sekata.
- 4Masukkan buttercream ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas cupcake tadi. Che Nom sejukkan dulu buttercream selama 10 minit di dalam peti ais supaya senang dibentuk.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025





