
Muffin Pisang Nutella dan Oat
Resepi Muffin Pisang Nutella dan Oat, satu kombinasi 3 bahan utama iaitu pisang, oat dan nutella yang pastinya dapat menghasilkan muffin yang sedap dan menyelerakan. Teksturnya lembap, dan baunya sangat harum ditambah pula dengan keenakan nutella.
Kalau ada pisang yang sudah masak ranum, jangan lah dibuang kerana pisang masak ranum yang kulitnya sudah berbintik-bintik hitam itulah yang paling sesuai dibuat kek atau muffin. Che Nom gunakan pisang berangan untuk resepi ini dan juga gunakan oat segera (instant oat). Anda boleh gunakan rolled oat atau jenis yang lain juga.
Nutella pula diletakkan akhir sekali di atas adunan dan kemudian dilorekkan menjadi bentuk marble atau swirl yang cantik sebelum dibakar. Muffin ini boleh dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Resepi di ambil dari laman Chef In Training dan pastinya Che Nom akan buat lagi muffin ni sebab keluarga sangat sukakannya.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan oat
- 1/4 cawan gula kastor
- 1/2 cawan gula perang
- Iklan
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh baking soda
- 1/4 sudu kecil garam halus
- 1 biji telur
- 1/2 cawan susu full cream
- 1/4 cawan minyak sayur (minyak jagung atau minyak canola)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji pisang saiz besar (ATAU 3 biji pisang saiz sederhana), lecek halus
- Nutella secukupnya
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Panaskan oven pada suhu 170°C.
- 2Di dalam mangkuk satukan tepung, oat, gula kastor, gula perang, baking soda dan garam. Kacau hingga semuanya sebati.
- 3Di dalam mangkuk berasingan, pecahkan telur dan masukkan minyak sayur, esen vanilla, dan pisang yang dilecek.
- 4Tuang bahan campuran tepung ke dalam adunan basah dan kacau sehingga sebati menggunakan senduk atau whisk. Jangan terlebih kacau dan memadai jika campuran bergaul sebati.
- 5Kautkan adunan menggunakan sudu atau ice cream scoop ke dalam muffin tin (anggaran 12 biji muffin saiz besar).
- 6Letakkan 1 sudu kecil nutella di atas adunan dan kacau menggunakan pisau kecil atau lidi halus supaya menjadi bentuk swirl yang cantik.
- 7Bakar selama 17-20 minit atau sehingga bilah lidi dicucuk dan tidak melekit.
- •Jangan kacau adunan terlalu lama kerana nanti muffin akan menjadi keras oleh sebab gluten yang terhasil dari tepung atau adunan yang terlebih kacau.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






