
Tauhu berlauk dan sambal kicap
Jom tengok Che Nom nak masak tauhu berlauk kali ni. Pernah viral 2-3 tahun dulu, tapi sekarang masih ramai yang suka dan ramai juga yang buat berniaga. Menu ni sangat sesuai pada sesiapa yang tengah berdiet kurang karbo sebab ada banyak protein dalam 1 hidangan dan sangat rendah kandungan karbohidrat.
Kandungan protin datang daripada 2 jenis tauhu (tauhu petak dan tauhu telur), dari telur dan juga isi ayam.Bila kita cicah tauhu berlauk yang digoreng garing di luar dan lembut dalam ni dengan cili kicap, memang kebaboom rasa nya.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Tauhu Berlauk
- 4 ketul tauhu telur
- 4 ketul tauhu putih (letak 3 ketul jika mahu adunan kurang pekat)
- 1 pokok daun sup
- 1/2 -1 biji bawang besar
- 2 tangkai cili padi
- 1/2 batang lobak merah
- 3 biji telur
- 2 ketul/ 250g isi ayam
- 1 kiub pati ayam
- 2 sk serbuk lada sulah
- 1-2 sk garam
- 2 biji telur
- 1 sb tepung jagung
Bahan Cili Kicap
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 bawang besar
- 6-8 tangkai cili padi
- 1/4 cwn kicap manis
- 1/2 sk garam
- 1 sb gula
Cara Menyediakan
Untu Tauhu Berlauk
- 1Potong tauhu putih dan tauhu telur.
- 2Daun sup, bawang besar dan cili padi potong halus-halus.
- 3Lobak merah kupas dan parut halus.
- 4Pecahkan telur.
- 5Isi ayam potong kecik-kecik.
- 6Kisar halus telur, isi ayam, tauhu telur, tauhu putih dan kiub pati ayam.
- 7Pindah bahan kisar halus dalam mangkuk.
- 8Kemudian tambah serbuk lada sulah, cili padi, bawang besar, lobak merah, daun sup dan garam.
- 9Gaul sebati kesemua bahan.
- 10Masukkan adunan dalam acuan.
- 11Kukus selama 15-20 minit dan kemudian sejukkan.
- 12Pecahkan telur, kemudian pukul sebati telur dengan sedikit tepung jagung.
- 13Panaskan minyak.
- 14Celup tauhu kukus dalam adunan telur dan goreng sampai keperangan.
- 15Bila dah masak, angkat dan toskan minyak.
Untuk Cili Kicap
- 1Potong kasar bawang putih dan bawang besar.
- 2Cili padi buang tangkai.
- 3Panaskan minyak dan goreng bawang putih, bawang besar dan cili padi sampai layu.
- 4Masuk bawang, cili, kicap manis, minyak masak, garam dan gula dalam blender.
- 5Kisar hancur (tapi jangan terlalu halus).
- 6Dah siap, boleh hidang cili kicap bersama tauhu berlauk.
- •Jangan tambah air dalam adunan tauhu berlauk, kalau susah nak kisar boleh berhenti tekan-tekan dulu bahan kebawah, kalau nak senang boleh guna food processor.
- •Minyak kena betul-betul panas, kalau kurang panas salutan akan serap minyak, jadi tak rangup dan silap-silap isi tauhu tersembur keluar.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Berikan tips untuk simpan tahu berlauk ni supaya tahan lama
UmumResipi ini tidak menyatakan secara khusus cara menyimpan tauhu berlauk supaya tahan lama. Namun, secara amnya, untuk makanan yang telah dimasak seperti tauhu berlauk ini, anda boleh menyimpannya dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Biasanya, ia boleh tahan selama 3-4 hari jika disimpan dengan betul. Jika anda ingin menyimpannya lebih lama, anda boleh membekukannya. Pastikan tauhu berlauk telah sejuk sepenuhnya sebelum disimpan.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






