Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap Yang Padu
Tauhu begedil yang pernah viral suatu ketika dulu tapi sekarang masih ramai yang sukakan menu ni dan juga menjadi punca rezeki untuk jualan.
Apa yg menentukan sedap tak sedap tauhu begedil tu, inti begedilnya mestiah cukup semua rasa dan tektur yang sempurna, dan sambal kicap mestilah padugabungan tu yg akan membuatkan tauhu begedil ni larisatau laku keras org kata.
NOTA PENTING: untuk salutan yang lebih garing, campur 1-2 sudu besar tepung jagung dalam adunan telur.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Tauhu Begedil
- 300g / 25-30 biji tauhu kering
- ½ biji bawang besar
- 150g daging kisar
- 6-7 biji kentang
- 3 tangkai cili merah
- sedikit daun sup
- ½ cawan bawang goreng
- ½ sudu kecil lada sulah
- garam secukup rasa
- 2 biji telur
- secubit garam
Bahan Untuk Cili Kicap
- ½ biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 5-6 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili padi
- 2 tangkai cili merah
- sedikit minyak
- Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
- Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang
Cara Menyediakan
Untuk Tauhu Begedil
- 1Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
- 2Cincang halus daun sup dan cili merah.
- 3Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.
- 4Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
- 5Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
- 6Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
- 7Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
- 8Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
- 9Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
- 10Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
- 11Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
- 12Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
- 13Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
- 14Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
- 15Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.
Untuk Sambal Kicap
- 1Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
- 2Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
- 3Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
- 4Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.
- •Kentang jika tidak dikupas kulitnya, pastikan cuci kentang sebersih-bersihnya untuk dimasukkan kedalam masakan. Selain itu, jika mahu direbus kentang, tidak perlu dihiris nipis.
- •Pastikan bawang merah goreng tidak dibiarkan begitu lama dan cepat-cepat mengangkatnya selepas ia sudah masak keperangan. Hal ini kerana bawang itu masih dalam proses masak dimana ia akan cepat hangit dan menyebabkan rasa pahit serta tidak sedap.
- •Bawang boleh diletakkan dibawah kipas selepas ditos jika tidak pandai mengagak masa mengangkatnya. Tips ini oleh dicuba ya.
- •Jika tidak mahu menggunakan kaedah menggoreng kentang kerana takut berminyak, kentang boleh juga direbus. Bagi Che Nom, kentang yang digoreng kerana akan lagi sedap rasanya dan begedil lebih mudah dibentuk.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





