
Kerepek Gunting Pedas
Sempena nak sambut Raya tak lama lagi Che Nom nak share satu resepi kudap-kudapan yang sangat sedap.
Memang ralit kalau makan dengan rangupnya, dengan rasa pedas-pedas berempah gitu, ha ini lah dia kerepek gunting atau mungkin ada yang panggil kuih gunting. Kalau di sebelah utara macam ni lah kerepek gunting nya dan biasa banyak dijual waktu musin perayaan.
Advertisement
Dikongsi olehChe Nom
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Utama
- 4 cwn/500g tepung gandum
- 10 tangkai cili kering
- 1 genggam ikan bilis
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- Iklan
- 1-2 tangkai daun kari
- 1/2 sb jintan manis
- 1/2 sb jintan putih
- 1 sb serbuk cili
- 1/2-1 sb serbuk kari
- Serbuk perasa
- 1 sk garam
- 1 sb penuh majerin
- 3 sb minyak masak
- Air Sejuk (anggaran 1 cwn, letak sikit-sikit)
Iklan
Cara Menyediakan
Penyediaan Utama
- 1Gunting cili kering dan rebus sampai lembut.
- 2Kisar kering jintan manis, jintan putih, kiub ikan bilis, ikan bilis dan cili kering. Berhenti kisar, tambah 1 tangkai daun kari dan sambung kisar.
- 3Panaskan majerin dan minyak masak sampai medidih.
- 4Tuang masuk minyak dan majerin panas tadi dalam tepung gandum.
- Iklan
- 5Gaul sampai jadi berserbuk macam serbuk roti.
- 6Masukkan semua bahan kisar, serbuk cili dan serbuk kari ikan dalam adunan tepung.
- 7Bancuh garam dengan sedikit air dan tuang masuk dalam adunan tepung.
- 8Tuang masuk air sejuk sikit-sikit sampai dapat adunan yang boleh dibentuk.
- 9Perap doh selama 30 minit.
- 10Potong doh kecil-kecil anggaran 16 bahagian.
- 11Bulatkan doh dan leperkan sampai memanjang dan nipis. Sambik gelek, sapu dengan tepung gandum supaya tak melekat.
- 12Potong doh anggaran 1/2 cm panjang kemudian sodok dengan scraper untuk leraikan.
- 13Panaskan minyak dan goreng. Rajin kacau untuk leraikan doh yang bergumpal.
- 14Tabur setangkai daun kari.
- 15Bila dah rangup boleh angkat dan toskan minyak.
- 16Sebelum masukkan dalam balang, sejukkan betul-betul dulu.
Iklan
Petua & Panduan
- •Kalau nak mudah nipiskan doh, boleh beli pasta maker.
- •Che Nom potong doh nipis -nipis dengan pizza cutter wheel, kalau nak guna pisau pon boleh tapi susah sikit.
- •Kerap tabur doh dengan tepung untuk elak melekat.
- •Goreng dalam minyak yang banyak dan api sederhana. Kita tak nak cili dalam adunan jadi hitam bila minyak panas sangat, nanti warna jadi tak cantik.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
843 Resipi
Lihat profil Che_NomKongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Tip & Teknik Memasak
Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026
Iklan

Gaya Hidup & Perancangan Hidangan
Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Tip & Teknik Memasak
Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Baru
Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering
10 Januari 2026

Baru
Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur
10 Januari 2026
Iklan

Baru
Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak
9 Januari 2026

Kuih Lapis Lemak Manis Premium
30 Disember 2025

Aiskrim Homemade 3 Flavour
29 Disember 2025

Ayam Goreng Kunyit Rangup bersama Sambal Kicap
29 Disember 2025




