
Sup Ayam Thai
Kali ini Che Nom nak masak makanan yang ringkas, tapi cukup sedap iaitu Sup ayam ala Thai. Beza sup ayam ni dengan sup ayam yg biasa tu ialah, sup nya lebih kepada rasa masam, tidak terlalu banyak rempah, tapi rasa sedap kuah tu datang dari bahan-bahan fresh yang bagi Che Nom wajib ada lah kalau nak masak sup ayam style macam ni. Kena ada daun ketumbar, daun limau purut, serai, dan batang saderi atau celery, memang refreshing rasa sup nya.
Kita perlu tumis bahan-bahan sampai naik bau dan masak ayam sehingga kecut atau separuh masak, minyak ayam akan keluar, dgn cara ni, ayam lebih menyerap rasa dan lebih sedap isinya. Kuah sup pun jadi lebih sedap juga lah. Kalau tekak rasa kurang sedap, kurang sihat kena sangat dengan sup ayam ala Thai ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Rempah Tumis
- 1 batang kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 cengkih
- 1 sudu besar lada hitam biji
Bahan Lain
- 3-4 sudu besar minyak masak
- 1-2 biji bawang merah
- 4-5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- Daun ketumbar
- 1.4 kilo/ 1 ekor ayam
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 batang lobak merah
- 1 batang saderi
- Air secukupnya
- 1 ketul kiub ayam
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 helai daun limau purut
- biji bawang holland
- 10 tangkai cili padi
- 1-2 biji tomato
- Garam, secukup rasa
- Limau nipis
Bahan Untuk Sambal Belacan
- sudu besar serbuk perasa
- Sedikit air
- 2-3 biji cili merah
- 10 tangkai cili padi
- 3 ulas bawang putih
- biji bawang holland
- biji tomato
- 1 inci belacan
- 1-2 sudu kecil gula
- Garam, secukup rasa
- Jus limau nipis, secukup rasa
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan
- 1Potong kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Titik serai (jangan terlalu hancur).
- 2Belah tomato kepada 4-6 bahagian. Potong batang saderi, carrot, daun ketumbar (asingkan akar, batang dan daun), bawang holland, cili padi dan limau nipis.
- 3Tumbuk bahan potong kasar (bawang merah, bawang putih dan halia).
Untuk Masak Sup
- 1Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
- 2Masukkan rempah 5 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan lada hitam).
- 3Masukkan serai dan akar ketumbar.
- 4Bila bawang garing, masukkan ayam. Kacau sehingga ayam bersalut dan tutup. Masak sehingga ayam separuh masak.
- 5Masukkan serbuk ketumbar, lobak merah, batang sadery, air secukupnya, kiub pati ayam, sos ikan dan rebus 15-20 minit.
- 6Masukkan garam secukupnya, tabur hirisan batang ketumbar dan daun limau purut.
- 7Masukkan cili padi dan bawang holland. Reneh dalam 3-5 minit.
- 8Masukkan hirisan tomato dan tabur hirisan daun ketumbar dan tutup api.
- 9Hidangkan dengan hirisan daun ketumbar dan limau nipis.
- •Boleh masukkan cili padi masa menumis jika suka pedas, Che Nom masa letak akhir untuk kurang pedas.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






