ResepiCheNom
Roti Benggali Yang Lembut

Roti Benggali Yang Lembut

Hi Semua, kali ni Che Nom nak buat roti, resepi asal roti Benggali ni di rujuk dari sahabat baik Che Nom iaitu Kak Ta,

menggunakan shortening sbg bahan asal untuk hasil roti benggali yang lebih putih (shortening adalah sejenins lemak yg digunakan dalam bakery berwarna putih),

tapi sebab takde Che Nom ganti majerin je. Selamat Mencuba.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
9 Mei 202016.8K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Untuk (Bancuh Air)

  • 1/2 cawan / 125ml air suam
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis segera
  • 1 sudu besar gula kastor
Iklan

Bahan Untuk Lain

  • 2 3/4 cawan / 350g tepung gandum atau tepung roti
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar shortening (Che Nom ganti majerin sebab takde)
  • Air suam dalam 30ml , tambah sedikit demi sedikit smpai jadi doh jika perlu
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Bancuh yi, tuang air suam kemudian masukkan serbuk yis segera.
  2. 2
    Tambah gula, kacau larut dan tunggu sehinga 2 atau 3 minit.
  3. 3
    Masukkan tepung gandum/tepung roti dalam mangkuk adunan.
  4. 4
    Masukkan baki gula dan garam.
  5. Iklan
  6. 5
    Kacau rata adunan agar garam bergaul rata dengan tepung.
  7. 6
    Masukkan bancuhan yis tadi.
  8. 7
    Tambah baki air sedikit demi sedikit hingga doh lembut.
  9. 8
    Angkat dan uli rata atas permukaan yang rata.
  10. 9
    Kalau melekat, teruskan uli dalam 5-10 minit.
  11. 10
    Kalau perlu tambah tepung sikit, jangan banyak sangat nanti keras pulak.
  12. 11
    Tambah magerin Planta dan uli sekata.
  13. 12
    Buat bulat dan masukkan dalam mangkuk yang disapu magerin sikit.
  14. 13
    Tutup dengan plastik clingwrap atau tuala dapur.
  15. 14
    Biarkan doh naik dua kali ganda.
  16. 15
    Bila doh dah naik, keluarkan dari bekas dan uli sikit lagi biar udara keluar.
  17. 16
    Sapu loyang dengan majerin.
  18. 17
    Bahagi dua doh, kalau tak nak bahagi, masukan doh dalam loyang yang besar.
  19. 18
    Rehat doh sampai doh naik 2 kali ganda sebelum bakar.
  20. 19
    Bakar suhu 200 degree Celsius selama 35 minit atau keperangan, setting api ATAS BAWAH. .
  21. 20
    Kemudian angkat keluar.
  22. 21
    Sapu permukaan roti panas dengan majerin.
  23. 22
    Keluarkan roti masa masih suam.
  24. 23
    Potong dengan pisau berjeriji tajam.
Iklan
Petua & Panduan
  • Kalau yis tu berbuih maknanya yis tu aktif, kalau tak ada buih maksudnya yis tu dah rosak.
  • Kacau rata adunan agar garam bergaul rata dengan tepung, kita tak nak yis mati bila terkena direct contect dgn garam.
  • Keluarkan roti masa masih suam, sebab takut bahagian bawah meruap dan jadi lembik.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru