
Lempeng dan Sambal Bilis
Kali ni jom tengok Che Nom sediakan menu sarapan pagi yang cukup terbaik, menu nostalgia menu throwback iaitu lempeng lembut cicah sambal ikan bilis.
Che Nom memang pernah buat lempeng dulu, tapi tak selembut macam resepi ni. Tepi-tepi garing bila makan panas-panas. Bahan-bahan nak buatnya tak susah nak cari, bahan basic je. Cuma cara bancuhan dan cara goreng tu Che Nom kongsi berdasarkan pengalaman sendiri.
Sambal bilis pula tak ada yang berbeza sangat, cara masak sambal tumis yang biasa, cara orang dulu-dulu takde letak sos bagai. Bila bergabung lempeng yang lembut, dengan sambal bilis yang pedas, terbaik sangat kalau sarapan dengan kopi atau teh.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Lempeng
- 2 sb minyak
- 1 sb gula
- 1/2 sk garam
- 3 cwn tepung gandum
- 4 - 4 1/2 cwn air
Bahan Sambal Bilis
- 150g-200g ikan bilis
- 1 cwn minyak masak
- 2 biji bawang besar
- 15-20 tangkai cili kering
- 4 biji bawang merah kecil
- 3-4 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan (pilihan)
- 1 keping kecil gula nisan
- Sedikit jus asam jawa
- Garam secukup rasa
- Perasa jika suka
Cara Menyediakan
Lempeng
- 1Bancuh tepung gandum, garam, air dan minyak masak.
- 2Tapis kalau ada ketulan tepung.
- 3Panaskan kuali dan sapu sikit minyak.
- 4Tuang masuk 2 senduk adunan dan ratakan.
- 5Masak sampai garing kedua-dua belah bahagian.
Sambal Bilis
- 1Potong bawang besar untuk kisar (1 biji), taburan (1/2 biji) dan menumis (1/2 biji).
- 2Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
- 3Kisar halus bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, belacan dan cili kering rebus dengan air separuh tenggelam.
- 4Rendam asam jawa dan ramas sampai jadi jus yang pekat. Ketepikan dulu.
- 5Panaskan minyak dan goreng ikan bilis separuh masak, jangan goreng garing nanti liat dalam sambal.
- 6Angkat ikan bilis dan toskan minyak.
- 7Tumis bawang besar sampai layu.
- 8Masuk bahan kisar halus dan air. Tumis sampai pecah minyak. Ulang tambah air dan tumis kering 3 kali.
- 9Bila sambal dah kering, masukkan gula nisan dan kacau sebati.
- 10Masukkan ikan bilis goreng, air asam jawa dan garam.
- 11Tabur hirisan bawang merah dan tutup api.
- •Sebelum tuang adunan dalam kuali kena kacau dulu adunan sebab adunan cair dan mendap.
- •Kena tunggu lempeng garing sebelah bawah dulu baru terbalikkan. Kalau tak nanti susah nak alihkan.
- •Kuali jangan panas sangat, nanti lempeng jadi berbonjol-bonjol.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Soalan: Assalamualaikum kakak kakak yang pandai masak, saya tak pandai masak & baru nak belajar. Kalau saya buat adunan lempeng ni boleh ke simpan lebihan dlm fridge? Kalau boleh, anggaran berapa hari adunan masih elok ya?
UmumWaalaikumsalam! Baguslah nak mula belajar memasak. Resepi ini tak menyatakan sama ada adunan lempeng boleh disimpan atau tidak, tetapi secara amnya, adunan lempeng ni boleh disimpan dalam peti sejuk.
Biasanya, adunan yang menggunakan tepung gandum dan air boleh tahan dalam 2-3 hari dalam peti sejuk. Pastikan simpan dalam bekas kedap udara. Sebelum guna, kacau adunan itu semula. Kalau nampak adunan tu berbau masam atau berubah warna, elok jangan guna.
Semoga berjaya dengan percubaan pertama buat lempeng!

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






