Ayam Ungkep
Hi semua, Ayam Ungkep berasal dari Jawa, menu pilihan pada kali ni. Resepi ni hasil perkongsian dari sahabat baik Che Nom sendiri, dan resepi ini pernah dikongsikan di website resepichenom.com.
Kali ini Che Nom akan share versi video pula, dan ada sedikit tambahan cara untuk hasilkan Ayam Ungkep yang lebih beraroma. Sesiapa yang suka pedas boleh cuba resepi ini sebab kita menggunakan banyak cili padi.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Ayam Ungkep
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 ketul kenyit hidup
- Iklan
- 1 biji bawang besar
- 1 batang serai
- 10-15 tangkai cili api hijau
- sedikit air
- ½ sudu besar jintan manis
- ½ sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- ½ ekor ayam
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- ½ cawan minyak masak
- 1-2 batang serai (dititik)
- sedikit gula
- garam secukup rasa
Cara Menyediakan
Untuk Ayam Ungkep
- 1Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, bawang besar, serai diikuti dengan cili api hijau.
- 2Kisar halus semua bahan hiris kasar.
- 3Masukkan jintan manis, jintan putih, dan serbuk ketumbar lalu sangai atau goreng bahan tanpa minyak.
- 4Kemudian, tumbuk halus bahan yang disangai.
- Iklan
- 5Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
- 6Panaskan minyak lalu tumis batang serai dan bahan kisar sehingga kering, naik bau dan pecah minyak iaitu dalam anggaran 10-15 minit.
- 7Masukkan ayam, bahan rempah yang ditumbuk, asam keping dan sedikit air.
- 8Tutup dan masak ayam sehingga ia empuk.
- 9Selepas masakan kelihatan kering, tambah sedikit gula dan garam secukup rasa.
- 10Kemudian, ayam ungkep siap untuk dihidang.
- •Kuah ayam ungkep yang sedap sememangnya pekat dan bersalut dengan ayam.
- •Jika masakan ayam ungkep kelihatan berlebihan minyak, boleh sudukan keluar minyak berlebihan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






