
Rendang Ayam Tumis Istimewa Hari Raya
Kali ni Che Nom nak share cara untuk masak rendang ayam yang cukup pekat, sedap, wangi dan sangat sesuai sangat untuk kita hidang bersama dengan ketupat ataupun lemang di hari raya. Rendang ni Che Nom masak dengan cara menumis dan reneh dengan api yang perlahan sampai masak pecah minyak.
Bahan special untuk sedapkan lagi rasa tu ialah rempah kering yang disangai. Kenapa kita sangai, sebab nak naikan aroma rempah, jadi lebih aromatik lah bau rendang. Boleh bau sampai ke 2-3 buah rumah jiran sebelah.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Kisar Halus
- 4 inci halia
- 4 ketul kunyit hidup
- 4 inci lengkuas
- 12-15 biji bawang merah kecil
- 10 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah besar
- 5 batang serai
- 8-10 tangkai cili padi
- 30-35 biji cili kering
- 7 biji buah keras
Bahan Rempah Sangai
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 1½ sudu besar jintan putih
- 1½ sudu besar jintan manis
Bahan Lain
- 2 cawan minyak masak
- Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 cengkih)
- 2 ekor ayam
- 2 asam keping
- 3-4 cawan santan cair
- 2-3 cawan santan pekat
- 4-6 sudu besar kerisik
- 5-6 helai daun limau purut
- garam secukup rasa
- 1-2 sudu kecil gula melaka
- 2 helai daun kunyit
Cara Menyediakan
Untuk Rendang Ayam Raya
- 1Taburkan dengan hirisan nipis daun kunyit.
- 2Sediakan bahan-bahan kisar halus. Kisar halus kesemua bahan dengan air secukupnya.
- 3Sangai bahan-bahan rempah sehingga naik bau.
- 4Kisar halus kesemua bahan sangai.
- Iklan
- 5Panaskan minyak, lalu tumis bahan empat sekawan dan masukkan bahan kisar halus. Tumis sehingga warna bertukar sedikit gelap dan pecah minyak.
- 6Masukkan ayam, rempah kisar, asam keping dan santan cair. Masak sehingga ayam kecut dan menjadi kering air.
- 7Masukkan santan pekat, kerisik, daun limau purut, garam secukup rasa, gula melaka atau gula nisan. Masak sehingga kuah menjadi agak kering.
- 8Kemudian, Ayam Rendang Ayam siap untuk dihidang bersama lemang atau ketupat.
- •Pilih kerisik yang masih elok dan tidak berbau hapak kerana kerisik adalah antara bahan yang penting untuk rasa rendang ayam yang sedap.
- •Santan cair adalah santan perahan yang kedua manakala santan pekat adalah perahan yang pertama. Jika menggunakan santan kotak, tambah air supaya menjadi santan cair.
- •Elakkan mengacau rendang ayam terlalu kerap bagi menggelakkan ayam hancur ketika dimasak.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






