
Rendang Ayam Dendang Perantau
Dalam resepi dulu, Che Nom gunakan semuanya bahan-bahan segar sebagai bahan ramuan utama. Contohnya seperti kunyit, lengkuas, serai, halia dan lain-lain lagi dan kali ni Che Nom tambah 3 jenis rempah kering yang disangai dan dikisar halus supaya lebih sedap, lebih harum beraroma.
Bila kita sangai atau goreng kering,akan keluar minyak semulajadi, naik bau dan juga rasa rempah tu. Bahan-bahan lain sama saja, yang hasilnya nanti, kuah rendang ayam yang pekat dan terbaik bila makan bersama ketupat ataupun lemang.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Halus
- 4 inci halia
- 4 ketul kunyit hidup
- 4 inci lengkuas
- 12-15 biji bawang merah kecil
- 10 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah besar
- 5 batang serai
- 8-10 tangkai cili padi
- 30-35 biji cili kering
- 7 biji buah keras
Bahan Untuk Rempah Sangai
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 1½ sudu besar jintan putih
- 1½ sudu besar jintan manis
Bahan Lain
- 2 cawan minyak masak
- Rempah 4 sekawan
- 2 ekor ayam
- 2 asam keping
- 3-4 cawan santan cair
- 2-3 cawan santan pekat
- 4-6 sudu besar kerisik
- 5-6 helai daun limau purut
- garam secukup rasa
- 1-2 sudu kecil gula melaka
- 2 helai daun kunyit
Cara Menyediakan
Untuk Rendang Ayam
- 1Sediakan bahan kisar halus dan sangai bahan-bahan rempah.
- 2Rempah yang disangai kemudian dikisar halus.
- 3Panaskan minyak lalu tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar halus. Tumis sehingga bahan kisar berubah menjadi sedikit gelap warnanya dan pecah minyak.
- 4Masukkan ayam, rempah kisar yang disangai, asam keping dan santan cair
- Iklan
- 5Masak sehingga ayam menjadi kecut, empuk dan kering airnya.
- 6Masukkan santan pekat, kerisik, daun limau purut yang dibuang tulang tengah, garam secukup rasa dan gula melaka/gula nisan.
- 7Teruskan masak rendang sehingga kuah menjadi agak kering
- 8Selepas kuah kering, taburkan hirisan halus daun kunyit.
- 9Kemudian, rendang ayam dendang perantau siap untuk dihidang.
- •Rebus cili kering sehingga agak layu sebelum dikisar.
- •Buang tulang tengah daun kunyit dan hiris daun secara halus.
- •Santan cair adalah santan segar perahan yang kedua manakala santan pekat adalah santan segar perahan pertama. Jika menggunakan santan kotak, boleh dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai santan cair.
- •Kurangkan mengacau rendang ketika masak bagi mengelakkan ayam hancur.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






