ResepiCheNom
Rendang Ayam Cili Api Hijau
Ayam

Rendang Ayam Cili Api Hijau

Sempena Hari Raya Aidiladha, atau raya Haji kali ni Che Nom nak sediakan resepi rendang yang cukup sedap, iaitu Rendang Ayam Cili Api versi tumis. Siapa yang suka makan pedas boleh cuba rendang ni. Rasa pedas tu datang dari cili api fresh yang kita guna, lain ye ia punya sedap tu kalau guna cili fresh.

Ayam yang Che Nom guna ni lambat lagi nak pencen, jadi masak pon tak lama sangat. Mudah aja nak masak, janji bahan-bahan yang kita guna tu semuanya fresh dan rempah kena sangai.

Bila bergabung dengan lemak santan dan rempah sangai homemamde, cukup terbaik. Kalau makan dengan lemang ke, nasik impit ke memang kena sangat. Nak makan dengan nasi lemak pon sodap.

Kongsi:
Advertisement
Che Nom
Dikongsi olehChe Nom
27 Jun 202472.2K paparan0 Komen

Masa Penyediaan

Masa Memasak

Jumlah Masa

Hidangan

Bahan-bahan

Bahan Rendang

  • 1 ekor ayam
  • 2 inci halia
  • 8-10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 3 batang serai (hiris nipis)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 helai daun kunyit
  • 20-30 tangkai cili padi hijau
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • ATAU 1 kotak kecil santan
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa
  • 1 sb kerisik
  • Sedikit gula melaka
Iklan

Bahan Sangai

  • 1 sb biji ketumbar
  • 1/2 sb jintan putih
  • 1/2 sb jintan manis
Iklan

Cara Menyediakan

Penyediaan Utama

  1. 1
    Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih, halia.
  2. 2
    Potong nipis lengkuas, kunyit hidup dan serai.
  3. 3
    Masukkan bahan potong, cili padi hijau dan sedikit air ke dalam blender. Kisar halus semua bahan.
  4. 4
    Sangai biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kemudian kisar halus dengan blender kering.
  5. Iklan
  6. 5
    Ketuk serai untuk tumis.
  7. 6
    Panaskan minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan pulak bahan kisar halus dan tumis sampai pecah minyak.
  8. 7
    Bila dah pecah minyak, masukkan ayam, rempah sangai dan sedikit air. Tutup dengan tudung kuali dan masak sampai ayam kecut.
  9. 8
    Tambah santan pekat, asam keping dan garam. Sambung reneh rendang sampai ayam masak dan kuah pekat.
  10. 9
    Masukkan kerisik dan gula melaka.
  11. 10
    Akhir sekali tabur dengan daun kunyit.
Iklan
Petua & Panduan
  • Cili padi Che Nom campur cili padi thai (tak pedas sangat) dan cili kampung @ cabai burung (pedas).
  • Kuah jangan terlalu pekat sebab nanti bila rendang dah sejuk dia akan pekat sikit lagi.
  • Minyak pun kena menimbul tunjuannya nak bagi rendang tahan lama dan rasa pon sedap.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!

Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?

Komen

Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.

Langgan Sekarang

Soalan & Jawapan

Tiada soalan lagi.

Che Nom

Mengenai Penulis

Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...

843 Resipi
Lihat profil Che_Nom

📧 Langgan Newsletter Kami!

Dapatkan tips masakan dan resepi terbaru terus ke inbox anda. Percuma!

Kongsi Resepi Ini

Kongsi:

Artikel Terbaru

Resepi Berkaitan

Resepi Terbaru