
Pisang Goreng Rangup Berjam-Jam
Goreng pisang yang panas, rangup dan lemak manis, siapa yang tak suka kan? Dalam resepi ni Che Nom akan tunjuk salah satu cara bancuhan tepung untuk dapat salutan goreng pisang yang gerenti rangup. Memang puas hati kalau goreng sendiri kerana dapat hasilkan kriuk-kriuk rangup banyak mana ikut citarasa kita.
Che Nom guna campuran 3 jenis tepung. Tepung yang paling utama sekali ialah tepung beras dan ada beberapa bahan lain yang akan buatkan salutan tepung kita tu rangup dan tahan lama.
Che Nom guna Pisang Abu dan Pisang Tanduk, boleh jugak guna Pisang Awak, dan Pisang Raja. Pilih pisang yang tidak terlalu ranum, jadi bila goreng pisang tak terlalu lembik.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung jagung
- 3 sb tepung gandum
- 1 biji telur
- Iklan
- 2-3 titik pewarna kuning
- 2-3 sk garam
- 1 sk gula
- 2 sk air kapur
- 1-2 sb majerin panas
- Atau ¼ cawan minyak masak panas
- Air secukupnya
- Pisang secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
- 1½ sb bijan (pilihan)
Cara Menyediakan
Untuk Pisang Goreng
- 1Kupas kulit pisang dan bahagi kepada 2 atau 3 bahagian (Pisang Abu atau Pisang Awak). Untuk pisang tanduk, potong menyerong.
- 2Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dan pewarna kuning (pilihan).
- 3Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul.
- 4Panaskan dan cairkan majerin (boleh ganti minyak masak tapi panaskan dulu juga).
- Iklan
- 5Bancuh pes kapur makan dengan sedikit air.
- 6Dalam adunan kering tadi, masukkan telur, air kapur, dan air sedikit demi sedikit sampai larut sebati.
- 7Masukkan majerin cair dan bijan (pilihan) dan kacau sebati.
- 8Panaskan minyak, celup pisang dalam adunan tepung dan goreng.
- 9Bila tepung dah mula keras, pisahkan pisang dan terbalikkan.
- 10Bila dah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan minyak.
- •Boleh ganti pewarna kuning dengan serbuk kunyit, tapi kunyit akan bertukar merah kalau campur dengan kapur makan.
- •Bancuhan perlu cair tapi masih melekat kalau celup dengan senduk atau jari.
- •Api jangan terlalu panas takut pisang perang tapi tak sempat garing, dan jangan terlalu perlahan takut minyak tak sempat panas dan minyak serap ke dalam tepung.
- •Jangan alihkan masa awal masuk, takut tepung tertanggal.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






