
Mee Sup super sedap dan mudah, gerenti licin hirup kuah.
Kali ni Che Nom masak satu hidangan mudah yang penyediaan nya adalah secara one pan meal iaitu mee sup yang mudah aja. Kesemua bahan kita masak sekali terus dan hidang. Sesuai untuk buat makan satu family atau geng-geng rumah bujang.
Kita boleh adjust dengan bahan-bahan yang ada dirumah ataupun yg senang nak beli. Menu ni cukup seimbang sebab ada protein dari ayam, ada sayur. Kuah sup pun memang betul sedap bila kita makan dengan mee kuning.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Mee Sup
- Kubis cina
- Sawi
- Daun sup
- Cili padi
- 1 pek mee kuning
- 6-8 cawan air
- Sedikit serbuk lada sulah
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 kiub pati ayam
- 2 ketul ayam (dada)
- 2-4 biji telur ayam
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- Bebola ikan & kek ikan
- Lobak merah
- Garam, secukup rasa
Bahan Rempah
- 1 sk serbuk ketumbar
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1/2 sk serbuk jintan manis
- 3 sekawan (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 2 cengkih)
- **Boleh ganti bahan rempah dengan
- 1 sup bunjut
- ATAU 1 sb serbuk rempah sup
Bahan Cili Potong
- Cili padi
- Limau
- Kicap pekat manis
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan Bahan
- 1Hiris nipis bawang besar, bawang putih dan halia.
- 2Lobak merah kupas kulit dan potong mengikut pilihan anda.
- 3Untuk daun sawi, kobis cina dan daun sup asingkan daun dan batang. Potong kasar batang dan daun.
- 4Fish ball, boleh belah dua tapi Che Nom letak terus sebiji-sebiji.
- 5Fish cake hiris nipis.
- 6Isi ayam asingkan tulang dan isi (tulang jangan buang sebab nak masak sekali masa reneh sup). isi ayam potong dadu.
- 7Rempah serbuk, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis
- 8Rempah 3 sekawan, kayu manis, bunga lawang, cengkih.
- 9Kalau nak senang boleh ganti rempah tadi dengan sup bunjut atau rempah sup.
Untuk Masak
- 1Celur mee kuning dalam air panas anggaran 2-3 minit. Bila dah lembut, angkat dan bilas dengan air sejuk. Tapis kering dan ketepikan dulu.
- 2Panaskan minyak dan tumis bahan hiris halus sampai layu dan naik bau.
- 3Masukkan tulang dan isi ayam. Kacau sampai ayam separuh masak.
- 4Masukkan semua rempah ratus dan rempah 3 sekawan tadi,
- 5Masukan serbuk lada hitam, batang daun sup dan fish ball. Kacau sebati.
- 6Masukkan air (cara Che Nom sukat air kalau sorang makan anggaran 1 1/2 cawan air, kalau dalam resepi ni 4 orang makan jadi 6 cawan air).
- 7Masukkan sayur-sayur yang keras macam lobak merah, batang sawi dan batang kobis cina.
- 8Masukkan kiub pati ayam dan masak sampai mendidih.
- 9Tambah serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam, dan fish cake. Kacau sebati.
- 10Pecahkan telur dan masukkan dalam sup.
- 11Masukkan sayur bahagian daun, kubis cina, daun sawi dan cili padi.
- 12Bila sup mendidih boleh masukkan mee kuning (tapi kalau nak makan lambat lagi boleh masukkan lambat sikit).
- 13Tabur daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Boleh tambah sedikit minyak bawang putih untuk lebih sedap.
Untuk Cili Potong
- 1Potong cili padi halus-halus dan perah jus limau.
- 2Masukkan kicap dan kacau sebati.
- 3Sedia untuk dihidang.
- •Boleh adjust nak tambah isi apa, nak tambah seafood macam udang atau sotong pon boleh.
- •Kalau tak nak mee kuning putus-putus, masa celur jangan kacau atau leraikan, biarkan mee terlerai sendiri.
- •Lepas celur mee, bilas dengan air sejuk untuk hilangkan bau kapur dan hentikan proses masak, mee tak la lembik sangat bila makan nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






