
Bihun Goreng Kicap
Che Nom nak masak menu goreng-goreng harini, iaitu bihun goreng kicap. Bahan-bahannya untuk memasaknya ringkas sahaja, cuma cara untuk memasak bihun ni kalau tak kena gayanya, boleh lembik lah hancur lah ataupun boleh jadi keras kalau tak pandai agak air.
Jadi untuk adik-adik yang baru nak belajar, sesuai sangat tengok resepi ni.
Che Nom suka bihun yang cukup dengan sayur dan protein, barulah seimbang dalam satu hidangan. Rupa dan warna maskaan ni mestilah gelap, sebab dah nama pun kicap kan. Bihun kalau makan panas-panas buat sarapan pagi, tersangat lah mantap. Anak-anak Che Nom bukan main suka lagi makan Bihun Goreng Kicap ni.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Bihun Goreng
- 2 ketul isi ayam
- 1 pek/400g bihun
- 3-5 ulas bawang putih
- 1 pek bebola ikan
- Iklan
- 2-3 sb cili kisar
- 2 sb sos tiram
- 2 sb kicap cair
- 1 kiub pati ayam
- 1-2 sb minyak bijan, pilihan
- Kicap manis, secukup rasa
- Kicap pekat karamel
- 1 sb serbuk lada sulah
- Sayur sawi
- Kubis
- Garam secukup rasa
- Daun bawang
- Cili merah
- Cili padi
Cara Menyediakan
Untuk Penyediaan Bahan
- 1Tekan pecah dan hiris halus bawang putih.
- 2Fish ball belah dua, nak guna fish cake pon boleh.
- 3Daun sawi rendam dan basuh bersih. Asingkan bahagian batang dan daun. Daun sawi potong kasar dan untuk batang sawi Che Nom tekan pecah sebelum potong sebelum potong macam biasa.
- 4Sayur kobis potong kasar.
- 5Isi ayam potong kecil. Kalau suka seafood boleh tambah udang atau sotong.
- 6Daun bawang dan cili merah potong halus untuk taburan.
- 7Cili padi potong kecil.
- 8Rendam bihun sampai lebut anggaran 15 minit. Bila bihun dah lembut boleh angkat dan tapis.
Untuk Masak
- 1Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
- 2Bila bawang putih dan kekuningan, masukkan cili kisar atau cili boh dan kacau sampai cili garing.
- 3Masukkan isi ayam dan kacau sampai isi ayam separuh masak.
- 4Masukkan sos tiram, fishball, kicap cair dan kicap manis. Kacau sebati.
- 5Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada sulah, batang sawi dan minyak bijan. Kacau sebati
- 6Masukkan bihun dan kacau sebati.
- 7Tambah sedikit air dan adjust lagi air sampai bihun lembut.
- 8Boleh tambah kicap caramel dan kicap manis kalau kurang gelap.
- 9Boleh masukkan garam kalau kurang masin.
- 10Masukkan sayur kobis dan kacau sampai kobis layu.
- 11Akhir sekali masukkan daun sawi dan masak sekadar daun sawi layu kemudian tutup api.
- 12Tabur dengan cili merah dan daun bawang.
- 13Boleh hidangkan bersama cili kicap (cili padi dan kicap cair).
- •Che Nom tak suka batang sawi yang keras dan rasa mentah, sebab tu Che Nom tekan pecah sebelum potong.
- •Che Nom tak celur bihun dalam air panas sebab risiko bihun terlalu lembik sangat tinggi.
- •Untuk resepi ni Che Nom tak guna telur, tapi kalau nak boleh goreng telur dadar dan hiris halus. Tabur hirisan telur masa hidangkan bihun
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






