
Lontong Kuah Lodeh
Kali ni jom kita masak kuah lodeh yang biasa dipadankan bersama lontong atau nasi impit. Setiap kali raya, hidangan ni antara yang wajib dihidangkan. Walaupun kuah lodeh ni bukan makanan tradisi tempat asal Che Nom, tapi dah jadi menu favourite sejak dulu lagi.
Resepi ni Che Nom dapat dari pembantu yang berasal dari Indonesia, resepi keluarganya. Memang sedap kerana ada satu bahan tambahan yang buatkan kuah lodeh ni lebih pekat dan menarik rasanya. Memang kena lah dengan selera. Sesiapa yang suka makan di pagi raya, boleh cuba masa sendiri. Tak susah pun.
Mula-mula kita sediakan bahan-bahan untuk dimasukkan dalam kuah lodeh dan juga bahan-bahan kisar untuk tumisan. Rasa berlemak dari santan, rasa pedas dari 3 jenis cili, lengkap dengan sayur-sayur, tempe dan tauhu, rasa manis udang memang cukup untuk buatkan kita makan tak cukup sepinggan.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Kisar Halus
- 3 biji bawang merah
- 3-4 ulas bawang putih
- 1-2 ketul kunyit hidup
- 1 inci halia
- 1 biji tomato
- 1-2 biji cili merah
- 4-5 tangkai cili padi
- 2 tangkai cili kering
- 3 biji buah keras
- 1 sudu besar udang kering
- sedikit air
Bahan Untuk Goreng
- 2 keping tempe
- 4 ketul tauhu
- sedikit garam
- sedikit serbuk kunyit
Bahan Untuk Lain-Lain
- nasi impit
- telur rebus
- 3-4 sudu besar minyak masak
- 1 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1 batang lobak merah
- 1 biji kecil sengkuang
- sedikit air
- 4 batang kacang panjang
- 1 keping fucuk
- suun
- 3 - 4 cawan santan cair (atau lebih jika suka)
- kubis
- garam secukup rasa
- 1 mangkuk santan pekat
- 10-15 ekor udang
- 1/3 sudu kecil gula
- sambal ikan bilis
- ikan bilis goreng
Cara Menyediakan
Untuk Goreng
- 1Gaul potongan tempe bersama sedikit garam dan kunyit. Ulang cara yang sama untuk potongan tauhu.
- 2Goreng tempe dan tauhu sehingga keperangan lalu angkat dan toskan minyak.
Untuk Kuah Lodeh
- 1Sediakan bahan kisar halus.
- 2Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus sehingga agak garing.
- 3Masukkan serai, lengkuas, sedikit air, sengkuang dan lobak merah lalu reneh kesemua bahan.
- 4Masukkan tempe dan tauhu goreng, kacang Panjang serta fucuk dan suun yang telah lembut direndam.
- 5Tuang santan cair atau air dan masukkan baki sayur iaitu pontongan kubis, garam secukup rasa lalu masak sehingga mendidih.
- 6Sesudah itu, masukkan santan pekat, udang, sedikit garam dan gula. Kerap kacau ketika renehkan kuah dengan api perlahan.
- 7Reneh kuah lodeh cukup sekadar udang masak dan kuah lodeh siap untuk dihidang bersama nasi impit
Untuk Nasi Impit
- 1Rebus nasi impit dan sejukkan.
- 2Kemudian, potong kesemuanya dalam ketulan besar.
- •Bagi mengelakkan tempe dan tauhu menjadi hancur ketika masak, potong keduanya dalam bentuk kiub besar.
- •Jika tidak mahu gunakan kacang panjang, boleh saja digantikan dengan kacang buncis.
- •Selain itu, jika tidak mahu masukkan sengkuang, boleh juga digantikan dengan lobak putih.
- •Guna santan cair bagi perahan yang kedua untuk dimasukkan kedalam kuah dan jika menggunakan santan kotak, gantikan dengan langkah memasukkan air sahaja.
- •Semasa mereneh kuah lodeh, kerapkan kacau kuah biar jangan pecah santan bagi menggelakkan santan berketul didalam masakan.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





