
Lepat Pisang Lembut Manis
Kali ni jom kita belajar buat kuih melayu, kuih tradisional iaitu lepat pisang. Kalau ada pisang yang ranum selain dari nak buat kuih bergoreng, kita tukar sekali sekala cara kukus pula. Che Nom akan tunjuk cara dari bancuhan adunan lepat pisang, dengan tambahan satu bahan untuk sedapkan lagi rasa.
Ada juga ditunjuk cara kita proses daun pisang sebelum balut. Kuih ni manis rasanya ditambah dengan keharuman daun pisang , membuka selera betul. Kalau dulu dapat makan lepat pisang pagi-pagi dengan kopi O, fuhh memang terbaik.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan
- Secubit garam
- 7-10 biji pisang emas
- 2 cawan pisang lenyek
- 2 sb gula melaka
- Iklan
- 1 sb gula putih
- ¾ - 1 cawan tepung gandum
- 2 sb tepung beras
- 1 sk garam
- Daun pisang
- Sedikit minyak
- Kelapa parut
Cara Menyediakan
Untuk Lepat Pisang
- 1Kupas kulit pisang dan lenyek pisang sampai hancur.
- 2Parut masuk gula melaka. Kemudian masukkan gula putih, garam, tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan rehatkan sekejap.
- 3Gaul sedikit garam dengan kelapa parut dan ketepikan.
- 4Bilas daun pisang dengan air, lap kering, potong anggaran 15cm dan layur atas api sehingga daun lembut dan nampak berkilat.
- Iklan
- 5Sapu daun pisang dengan sikit minyak masak.
- 6Sudukan 2 sudu adunan lepat di tengah daun pisang. Leperkan sikit dan tabur dengan kelapa parut ditengah adunan.
- 7Ada dua cara untuk lipat, cara pertama ambil hujung kiri dan kanan, bawa ke tengah dan lipat 2 kali kemudian lipat ke bawah bahagian tepi kiri dan kanan.
- 8Cara kedua, gulung saja lepat 2 lapis dan lipat tepi kiri dan kanan kebawah.
- 9Susun lepat dalam pengukus dan kukus dalam 15-20 minit.
- •Gunakan pisang yang ranum
- •Kalau pisang kecil, boleh guna 14 biji pisang.
- •Kalau nak sukat pisang dengan cawan boleh sukat pisang lenyek anggaran 2 cawan.
- •Gunakan kelapa parut mesin putih.
- •Layur daun atas api dapat mengelakkan daun mudah rapuh dan koyak bila lipat nanti.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






