
Cakoi Rangup Tanpa Yis Dan Sos Pandan
Episod kali ni agak berbeza sedikit kerana buat pertama kalinya Che Nom nak buat resepi youtiao atau cakoi versi tanpa yis. Resepi di rujuk dari YouTube channel Angel Wong’s kitchen. Nampak rangup berongga aja hasil cakoinya.
Adunan doh mudah sahaja, cuma yang rumit adalah caranya tu. Kita uli doh dan perap sebanyak 2 kali. Untuk kali yang pertama doh diperap 1 jam dan yg kedua kita guna cara cold overnight proofing pula sebelum dikeluarkan beberapa jam untuk dibentuk dan digoreng
Dalam resepi ni juga Che Nom kongsi cara sediakan sos pandan kastard yang manis berlemak dan wangi guna daun pandan asli, tanpa pewarna.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Cakoi
- 1 1/2 cwn / 195g tepung gandum
- 3 sk serbuk penaik
- 1 sk gula halus
- 1/4 sk garam
- 2 sb minyak masak
- 1/2 cwn / 120ml air
Bahan Untuk Sos Kastard Pandan
- 4-5 helai daun pandan
- 1 cwn /237ml air
- 2/3 cwn / 160ml susu cair
- 1 biji telur, saiz A atau B
- 1 sb tepung jagung
- 5-6 sb gula
- Pewarna hijau, jika perlu
- Secubit garam
Cara Menyediakan
Untuk Cakoi
- 1Timbang tepung gandum (Che Nom guna jenama Bakers’ choice).
- 2Ayak tepung gandum, gula kastor, baking powder dan garam.
- 3Masukkan minyak masak dan air (air suhu bilik) sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
- 4Uli sampai doh lembut dan tak melekat di tangan.
- 5Kalau doh masih keras boleh tambah sedikit air dan kalau doh masih melekat boleh tabur sedikit tepung.
- 6Bulatkan doh, tutup dan rehatkan anggaran 1 jam.
- 7Selepas perap doh 1 jam, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara dan sambung uli 5-10 minit.
- 8Simpan doh dalam plastic bersih (kalau nak mudah boleh simpan dalam bekas bertutup) dan perap dalam peti sejuk semalaman.
- 9Keluarkan doh (defrost) minimum 2 jam atau sampai doh betul-betul hilang sejuk.
- 10Bentukkan dan uli doh memanjang.
- 11Tekan dengan roller untuk dapatkan bentuk empat segi tepat dan ketebalan 1/4 inci.
- 12Trim bahagian hujung doh, kiri dan kanan.
- 13Potong doh cakoi lebar anggaran 1 ½ inci.
- 14Tabur tepung pada setiap bucu doh setiap kali potong.
- 15Sapu air ditengah cakoi kemudian tindan dengan 2 keping doh cakoi tadi.
- 16Celup chopstick dalam air dan tekan tengah doh cakoi dengan chopstick tadi.
- 17Kalau tak nak buat 2 keping cakoi, boleh je buat sekeping macam biasa.
- 18Panaskan minyak, tarik doh dan goreng.
- 19Kerap balik-balikkan cakoi sampai perang sekata.
- 20Angkat dan toskan minyak.
Untuk Sos Pandan Kastard
- 1Gunting daun pandan.
- 2Masukkan daun pandan dalam blender dengan sedikit air dan kisar halus.
- 3Tapis dan perah jus pandan.
- 4Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Kacau sebati dan ketepikan
- 5Masukkan jus pandan, gula, telur, air bancuhan tepung jagung dan susu cair (atau santan) dalam kuali.
- 6Kacau perlahan dan masak sampai pekat.
- 7Masukkan garam dan sambung masak sampai pekat mendidih.
- •Kalau kuali kecil, boleh potong separuh doh cakoi.
- •Pastikan doh tak sejuk masa goreng kalau tak cakoi tak jadi dan tak kembang bila digoreng.
- •Masa goreng, kerap balik-balikkan supaya cakoi kembang dan perang sekata.
- •Kawal suhu minyak, jangan terlalu panas sangat takut luar terlebih perang tapi dalam masih belum masak. Seloknya guna thermometer kalau ada
- •Masa mula-mula masak sos pandan pastikan kerap kacau dan adunan sebati untuk elak adunan berketul terutamanya telur.
- •Pastikan bahagian bawah sos pandan tak berkerak dan hangit.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






