
Kuih Seri Muka Gerenti Jadi dan Sedap
Resepi kuih seri muka atau orang utara panggil pulut sekaya yang gerenti jadi dan pasti sedap. Resepi ni dikongsi oleh ibu mertua sahabat baik Che Nom iaitu Cikgu Jun. Setelah cuba masak resepi ni, terus Che Nom rasakan inilah the perfect seri muka yang di cari-cari selama ini.
Bahan-bahannya semua sama je macam resepi mak Che Nom, cuma biasalah kan kalau resepi orang lama ni banyak nak kena agak-agak, jadi bila dapat resepi yang dah ada sukatan memang senang nak buat. Cuma ada sedikit sahaja penambahan sahaja dari resepi asal.
Boleh juga kalau anda nak masak sekejap bahagian hijau atas tu bagi suam sikit sebelum kukus. Tapi Che Nom lebih prefer kukus je terus cara orang lama.Memang sedap kuih ni. Kalau buat minum petang dengan Teh 0 sambil mem'bawang' confirm lah tak sedar dah habis setalam.
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Untuk Lapisan Bawah (Pulut Kukus)
- 2 cawan/ 400 g pulut
- 2 cawan/ 250 ml santan cair
- 1 sudu besar gula putih
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
- Sedikit minyak (untuk gris Loyang)
Bahan Untuk Lapisan Atas (A)
- 8 helai daun pandan
- 1/2 sudu kecil jintan manis
- 3/4 cawan air
- *kita nak blend hasilkan 1/2 cawan pati pandan
Bahan Untuk Lapisan Atas (B)
- 1 ½ cawan/ 190 ml santan pekat
- 1 cawan/ 200g gula putih
- 1/2 cawan/ 60g tepung gandum
- 5 biji telur size A
- 1/2 cawan/ 62 ml pati pandan (Bahan A)
- 1 sudu kecil garam
- setitik dua pewarna hijau
Cara Menyediakan
Untuk Lapisan Bawah (Pulut Kukus)
- 1Rendam pulut minimum 2 jam, kemudian tapis airnya.
- 2Masuk pulut ke dalam bekas, gaul bersama santan, gula garam dan daun pandan.
- 3Kukus selama ½ jam atau sehingga pulut masak. Setelah masak, gembur-gerburkan sedikit.
- 4Gris loyang dengan minyak. Lapik dengan kertas baking. Boleh juga kalau nak guna plastic.
- 5Tuang pulut kukus, tekan-tekan supaya rapat.
Untuk Kuih Seri Muka
- 1Kisar semua bahan (A) dan kemudian tapis.
- 2Kisar sehingga halus kesemua bahan (B) bersama ½ cawan bahan kisar (A).
- 3Cakar sedikit permukaan pulut dengan garfu, tujuan supaya melekat bila kukus nanti.
- 4Tuang bahan kisar lapisan hijau.
- 5Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, kalau lidi licin je maksudnya dah masak
- •Sapu pisau dengan sedikit minyak supaya mudah dipotong.
- •Bahagian pulut kukus kena lebih berasa sikit masinnya supaya dapat seimbangkan dengan rasa manis bahagian atas hijau.
- •Tunggu kuih sehingga betul-betul sejuk dahulu barulah dipotong. Kalau masih panas nanti kuih lembik dan tak cantik bila potong.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026

Kenapa Jangan Letak Minyak Dalam Air Rebusan Pasta?
6 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour






