
Kuih Puteri Ayu
Kali ni jom kita tengok cara untuk buat antara kuih yang menjadi kegemaran ramai, kuih yang selalu dibuat berniaga dan kuih yang wajib dijual waktu bulan puasa, kuih puteri ayu atau kuih seri ayu nama diberi. Che Nom akan tunjuk cara bermula dari penyediaan bahagian kelapa, yang kita perlu tekan rapat dan kukus.
Kemudian, tunjuk pulak cara untuk buat yang bahagian hijau pula. Kuih ni sangat gebu, lembut dan wangi pandan tu memang harum sangat. Rasa pun bagi Che Nom manis tu sedang elok saja, kena lah sangat dengan bahagian kelapa bila dimakan.
Anggaran hasil : 40 biji
Masa Penyediaan
Masa Memasak
Jumlah Masa
Hidangan
Bahan-bahan
Bahan Lapisan Hijau
- 2 biji telur saiz A
- 1 cawan /200g gula kastor
- 1 sudu kecil ovalette
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- ¼ cawan /60ml jus pandan
- ¾ cawan /190ml santan kotak
- 1 ½ cawan /190g tepung gandum
- ½ cawan /60g tepung jagung
- (**boleh terus guna 2 cawan tepung gandum tanpa tepung jagung)
- 1 sudu kecil serbuk penaik
Bahan Lapisan Kelapa
- 2 cawan kelapa parut
- 1 sudu besar tepung ubi
- 1 sudu kecil garam halus (letak sikit-sikit dan rasa)
Cara Menyediakan
Untuk Lapisan Kelapa
- 1Gris sekata acuan dengan minyak masak.
- 2Gaul kelapa parut dengan tepung ubi dan garam halus.
- 3Masukkan adunan kelapa parut dalam acuan, lalu tekan sehingga padat ke dalam acuan.
- 4Kukus kelapa parut selama 10 minit.
Untuk Lapisan Hijau
- 1Kisar halus potongan daun pandan dengan air, lalu tapis jus daun pandan.
- 2Masukkan santan kotak pada jus daun pandan.
- 3Untuk bahan kering, ayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik.
- 4Adunkan telur dan gula kastor sehingga kembang serta menjadi adunan berwarna kuning pucat.
- 5Tambah ovallete dan sambung adun sehingga adunan menjadi putih dan pekat.
- 6Masukkan pewarna hijau serta adunan santan dan pandan secara berselang-seli dengan bahan ayak. Adun kesemua bahan sekejap sahaja.
- 7Masukkan kedalam piping bag dan paip masuk kedalam acuan kelapa parut.
- 8Kukus lebih kurang dalam 15 minit atau sehingga kuih kembang.
- 9Kemudian, keluarkan kuih daripada acuan dan sejukkan. Kuih Puteri Ayu siap untuk dihidang.
- •Selain daripada tepung gandum dan tepung jagung, boleh juga digantikan dengan tepung kek.
- •Ikatkan penutup kukus dengan kain supaya air kukusan serap pada kain dan tidak terkena kuih.
Kongsi Pengalaman Anda!
Pernah cuba teknik lain? Kongsikan di bawah!
Ada tips untuk memperbaiki resepi ini?
Komen
Anda perlu melanggan untuk bertanya soalan AI.
Langgan SekarangSoalan & Jawapan
Tiada soalan lagi.

Mengenai Penulis
Che Nom ialah seorang penggemar masakan tradisional Malaysia yang aktif berkongsi resipi ...
Kongsi Resepi Ini
Artikel Terbaru

Kenapa Nasi Sejuk Semalam Lagi Sedap Untuk Goreng
11 Januari 2026

Nasi Goreng Kampung Lebih Garing Tepi Dengan Teknik Ambil Haba
10 Januari 2026

Ayam Masak Kicap & Ayam Masak Berlada Lebih Pantas Dan Padu Dengan Teknik Pes Sambal Dua Haluan
9 Januari 2026

Butter Cair, Hangit, Atau Tak Keluar Rasa? Ini Cara Guna Butter Dengan Betul Dalam Masakan
9 Januari 2026

Mee Goreng Udang Pedas Basah Lebih Padu Dengan Teknik Slow-Simmer Stok Kulit Udang
8 Januari 2026

Goreng Pisang Selalu Rangup Masa Angkat, Tapi Lemau Lepas 5 Minit?
7 Januari 2026
Resepi Berkaitan
Resepi Terbaru

Ikan Bawal Emas Bakar Daun Pisang: Juicy, Manis, Wangi, Tak Kering

Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api Pekat, Pedas Masam, Isi Tak Hancur

Ayam Masak Cili Kering Padu – Ayam Juicy & Kuah Pekat, Senang Masak

Kuih Lapis Lemak Manis Premium

Aiskrim Homemade 3 Flavour





